Saturday, October 30, 2010

(A)6 Bulan Terlalu Indah buat Abang...


Alhamdulillah...syukur kehadrat illahi,kerana hari ini telah genap 6 bulan usia pertunangan kita berdua,setengah tahun sudah berlalu dan kini akan memasuki 6 bulan yan kedua,Abang merasakan saat2 yang telah kita lalui,terasa begitu bermakna...Sesungguhnya tiada lain kegembiraan dihati abang selain memiliki ina sebagai tunang tersayang...Maafkan abang andai ada kesilapan sepanjang 6 bulan ini yang mungkin tidak abang sedari telah membuatkan ina bersedih,Abang sentiasa inginkan yang terbaik dalam episod hidup ini,InsyaAllah semoga Allah akan selalu menaungi pertunangan kita ini dengan redup kasih sayang dan puputan semilir kasih sayang...Tiada lain yang abang harapkan selain rahmat illahi,biarlah cinta yang kita semai ini senantiasa penuh dengan buih-buih asmara seiring dengan tinta cinta kita pada illahi,Suburkan cinta yang terpatri ini dengan baja2 rindu yang sememangnya perlu untuk kita berdua.....
I LOVE U....

Thursday, October 28, 2010

(A)Sekadar Perkongsian:9 tips memilih calon isteri


Menikah atau berkahwin yang baik hanya dilakukan sekali seumur hidup dan kita akan terus hidup bersama dengan orang yang kita pilih sebagai isteri kita beserta anak yang mungkin kita hasilkan dari pernikahan itu.

Memilih pasangan hidup yang tepat adalah salah satu acara terpenting dalam hidup dengan banyak aspek dan faktor kriteria pemilihan yang harus dihitung dengan matang.

Gadis atau janda semua sama saja di mana anda harus melakukan penjajakan yang cukup sebelum melangkah ke jenjang yang lebih tinggi.

Kesalahan memilih wanita / perempuan yang kita nikahi akan mengakibatkan keburukan pada kualiti hidup kita di masa depan. Cerai adalah pilihan yang sangat buruk yang biasa diambil ketika semua cara dan upaya telah dicuba untuk membuat hubungan menjadi baik tetap tidak berhasil dan dapat membahayakan jika terus dibiarkan.

“Dating” merupakan salah satu upaya untuk menemukan pasangan hidup yang tepat. Pasangan yang baik tidak melakukan apa yang boleh dilakukan pasangan yang sudah menikah. Melakukan hubungan suami istri yang tidak semestinya justru akan menampakkan buruk pada hubungan setelah menikah maupun hubungan setelah menikah dengan gadis lain.

Berikut ini adalah Kriteria Pemilihan Calon Isteri Yang Baik :

1. Saling Jujur / Tidak Suka BerBohong,Mencintai Dan Setia

Mana ada orang yang suka dibohongi. Pilih wanita yang dapat dipegang kata-katanya dan hanya akan berbohong untuk kepentingan keluarga yang positif. Jika suka bohong anda akan dibuat pusing sama istri anda kelak. Wanita yang setia pada anda akan selalu mencintai anda dan akan selalu berada di samping anda ke mana pun anda pergi dan dalam kondisi apa pun. Cinta juga menjadi yang sangat penting, karena cinta adalah modal dasar dari hubungan suami istri yang baik dan sebaiknya sudah ada sejak status masih pacaran.

2. Penampilan Menarik

Sebaiknya anda mencari perempuan yang dari fisik anda suka namun bukan hasil permak atau dandan tebal. Menarik tidak harus selalu cantik, ayu, seksi, manis dan sebagainya, tetapi yang tidak membuat anda benci jika melihatnya. Sebisa mungkin cari yang jika anda prediksi puluhan tahun mendatang dapat tetap dapat membuat anda tersenyum bahagia ketika memandang wajahnya. Jangan lupa dengan penampilan anda sendiri ketika sudah menikah. Jangan buat si dia jadi benci sama anda.

3. Taat Ibadah

Ini hal yang penting bagi masa depan keluarga anda. Anak-anak anda nanti akan dibimbing lebih banyak oleh sang ibu. Jika ibunya tidak melakukan sembahyang, maka mungkin ditiru oleh anak. Cari wanita shalihah / solehah yang dapat mendidik anak-anak menjadi manusia yang berakhlak soleh dan mempengaruhi anda untuk beribadah lebih baik lagi.

4. Pandai / Pintar

Jangan mencari jodoh gadis kampung atau gadis kota yang memiliki pemikiran di bawah rata-rata. Akan tetapi wanita yang bodoh tidak akan mampu membantu mencari solusi pada saat-saat diperlukan dan mungkin akan terkekang selama hidup dengan kita karena harus selalu menurut pada sang suami. Isteri yang pintar bisa membantu mengatur rumah tangga dan mungkin bisa juga membantu kewangan keluarga dengan melakukan usaha sampingan atau bekerja.

5. Tidak Materialistik

Jangan cuma cari isteri dari cantiknya saja, tapi dari hatinya. Sebanyak apa pun wang yang kita dapat dari bekerja tidak akan cukup untuk menghidupi seorang isteri yang tidak tahu diuntung. Kebiasaan ketika anda sudah tidak punya wang dan pekerjaan layak anda akan ditinggalkan sendiri begitu saja bersama anak-anak.

6. Emosi Stabil Rendah Dan Dapat Menghibur

Isteri yang murah senyum, lemah lembut, tidak suka marah dan tidak mudah stres menghadapi problem hidup adalah istri yang baik. Sebelum kawin dan selama berpacaran anda wajib melakukan pengamatan emosional, sikap dan perilaku. Jika pacar anda selalu marah dan tidak boleh diubah sebaiknya tinggalkan saja. Hidup dimarahi isteri terus-menerus akan membuat anda menderita. Isteri yang baik adalah isteri yang boleh menghibur di kala suka dan duka dalam berbagai keadaan baik terhadap suami maupun terhadap anak. Pilih juga yang mencintai keluarganya dan keluarga kita masing-masing.

7. Sihat Jasmani Dan Rohani

Pilihlah yang dari segi fisik dan mental / jasmani dan rohani yang sihat wal’afiat. Pilih yang sihat, kuat, dan tidak mudah sakit. Dari segi kesuburan pun juga penting jika anda ingin punya keturunan. Jika belum yakin maka sebaiknya anda melakukan pemeriksaan kesihatan berdua sebelum menikah. Perhatikan pula keluarganya apakah ada yang punya riwayat penyakit yang dapat menurun dan boleh berakibatkan fatal. Kadang kadang suatu penyakit dapat diturunkan ke anak dan atau cucu.

8. Dapat Dikawal

Di saat isteri melakukan tindakan yang tidak sesuai dengan yang kita inginkan, berbicaralah dengan baik tanpa emosi bahwa sebaiknya si istri melakukan apa yang kita inginkan beserta alasannya. Begitu juga sebaliknya, di mana kita dapat dikritik isteri pada sikap dan perilaku kita secara kekeluargaan dan baik-baik. Untuk melakukan hal ini diperlukan adanya kesamaan tingkatan atau derajat di mana suami dan isteri sama-sama dalam satu pasukan kepemimpinan yang solid. Bukan hanya suami saja yang jadi pemimpin dan isteri juga kena jadi pengikut setia.

9. Persetujuan Orang Tua, Keluarga, Teman Dan Sebagainya

Hubungan suami isteri harus disokong oleh orang-orang yang ada di sekitar kita mulai dari orang tua, mertua, teman, kerabat, saudara, teman, tetangga, teman pejabat , dan lain-lain. Pernikahan yang emosional tanpa sokongan orang dekat akan menuju keburukan bagi hubungan di masa mendatang. Yang jelas jika belum mendapat persetujuan, anda harus dapat berbicara dengan baik untuk membela argumen anda.

Sunday, October 10, 2010

(A) LAGI TENTANG CINTA(Sekadar perkongsian)


Kata-kata cinta yang puitis dan indah sememangnya mampu memberikan impak kepada perhubungan yang terjalin. Walaupun ringkas, madah cinta selalunya mempunyai maksud yang mendalam apabila diperhalusi.

Jika suatu ketika dahulu kata-kata seperti
HACKS (Hanya Aku Cinta Kau Seorang) atau CINTA (Cinta Itu Nikmat Tapi Awas!) cukup popular di kalangan remaja yang bercinta, kini disenaraikan pula 15 madah cinta yang dikatakan paling hangat sepanjang tahun ini.

Jika anda tidak mempercayainya, apa kata kamu cuba tujukan madah-madah cinta ini kepada insan yang kamu sukai dan lihat respon yang diberikannya. Jika si dia tersenyum sambil menatap wajah anda, itu bermakna kamu berjaya menyentuh hatinya.

1. Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi ia tidak pernah berdendam dan tidak akan membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

2. Jangan simpan kata-kata cinta kepada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, kerana akhirnya anda akan catatkan kata-kata cinta itu di pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dimindamu itu sekarang selagi dia mampu mendengar dan tersenyum kepadamu.

3. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Selepas menemui insan yang tepat itu, sudah pasti kita akan mengucapkan terima kasih di atas kurniaan yang tidak terhingga itu.

4. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak lagi berada di sisi kita.

5. Jangan melarikan diri daripada cinta apabila ia berada di hadapanmu. Kerana suatu masa nanti, anda pasti teringat kembali akan cinta tersebut dan menyesali perbuatanmu itu.

6. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan jiwa raga.

7. Cinta berupaya mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmah. Itulah kuasa cinta.

8. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu. Tetapi lebih menyakitkan apabila anda mencintai seseorang tetapi anda tidak pernah memiliki kekuatan dan keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

9. Kadangkala kamu tidak menghargai insan yang mencintamu sepenuh hati hinggalah anda kehilangannya. Ketika itu sesalan sudah tidak berguna lagi kerana perginya tidak mungkin akan kembali lagi.

10. Cinta ibarat pasu antik yang sukar ditemui dan sukar untuk diperolehi. Tetapi ia cukup mudah untuk jatuh berderai sekiranya tidak dijaga dengan elok.

11. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah apabila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

12. Kejarlah cita-cita yang diimpikan sebelum mencari cinta. Apabila tercapainya cita-cita, maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.

13. Setiap orang punya rasa cinta. Tetapi tidak semua orang pernah merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta tetapi tidak semua yang berpeluang mengecapi bahagia.

14. Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat.

15. Manusia tidak jatuh di dalam cinta dan juga tidak keluar daripada cinta. Tetapi manusia tumbuh dan membesar bersama cinta




P/S: Semua orang ingin bercinta, dan semua orang ingin di cintai tp tak semua orang dapat merasai dan tak semua orang juga dapat memahami apa itu CINTA...

Saturday, October 9, 2010

(A) Aurat Wanita - Disebalik cebisan kain itu...

kesilapan yang sering dilakukan dalam hal berkaitan dengan aurat wanita.

Ok tak pakaian macam ni?

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT
Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

Kesalahan Pertama :
Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

Kesalahan Kedua :
Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.

Kesalahan Ketiga :
Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

Kesalahan Keempat :
Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

Kesalahan Kelima :
Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

Kesalahan Keenam :
Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

Kesalahan Ketujuh :
Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

Kesalahan Kelapan :
Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.” (an-Nur: 31)

Kesalahan Kesembilan :
Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Kesalahan Kesepuluh :
Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja dia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya. Kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT :
“Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.” (al-Ahzab: 32)

Pakailah tudung mengikut syariat sebenar

Terlalu banyak yang mahu dibicarakan jika menyentuh tentang wanita dan aurat. Bermula dari persoalan asas, batas aurat yang ditentukan syari’at sehinggalah mencakupi perkara berbangkit yang timbul di sekitarnya.



DI SEBALIK CEBISAN KAIN ITU….
Muslimahku, kita melindungi aurat dan mengenakan hijab yang sempurna bukan kerana semakin ramai wanita melakukannya, bukan dek terikut-ikut dengan trend semasa, juga bukan kerana mahukan pujian sebagai wanita solehah yang terpilih dan mulia, tetapi demi mencari keberkatan dengan mengikuti ‘jalan’ para isteri nabi dan sahabiah di zaman baginda yang merupakan sebaik-baik contoh tauladan dan tuntunan buat muslimah beriman.

Baik berpurdah atau tidak insafilah bahawa kita membawa syi’ar Islam di sebalik cebisan kain yang dikenakan. Kita melindungi diri dari menjadi perhatian dan tontonan semata-mata demi mencari keredhaan ILAHI kerana sesungguhnya Allah SWT menghendaki agar kain yang dipakai untuk melindungi aurat itu adalah juga penutup dan tabir pelindung dari pandangan ‘mata-mata’ syaitan durjana. Ia pemangkin rasa malu, penghidar cemburu melulu dan pemelihara maruah serta harga dirimu.

Karena itu, di sebalik cebisan kain itu, suburkan rasa malu, dengan menjauhi larangan-NYA dan berpegang erat dengan segala perintah-NYA. Sedarilah, perasaan malu selalu membawa kepada kebaikan kerana malu itu sememangnya tanda aras dan penentu nilai seorang muslimah bertaqwa dan beriman.

Saturday, October 2, 2010

(A) Salam aidilfitri 1431


Rasanya masih belum terlewat untuk abang nukilkan ucapan salam aidilfitri buat semua yang mengenali diri ini...dalam kesibukkan tugas2 seharian abang sememangnya tidak berkesempatan mencoretkan sesuatu di laman putih maya ini...untuk tunang abang yang tercinta,harapan abang semoga aidilfitri ini,akan memberi seribu kemanisan....tahun depan insyaAllah kita akan beraya bersama...abang tak sabar menanti saat itu kan menjelma...