Monday, December 1, 2014

PENGHUJUNG TAHUN YANG INDAH

Assalamualaikum...selamat datang december yang kian menjelma penuh dengan coretan2 yang indah mungkin buat kita semua,begitulah hari yang kian berlalu buat kita juga bukan?Sebenarnya lama abang tak menulis sesuatu di laman blog ni,mungkin seperti kata post abang yang terakhir dahulu....kesibukan setelah bergelar ayah ini,melayan keletah comel IRFAN membuatkan abang dan ina,sentiasa punya waktu yang cukup berharga untuk dikongsi bersama,tak banyak yang dapat abang kongsikan disini...cukuplah sekadar abang simpulkan bahawa,sepanjang kedewasaan ini tiada yang lebih berharga selain memiliki ina dan irfan...love both of u..

Thursday, March 13, 2014

13.3.2014 ~ Lagi 2 bulan je...

Alhamdulillah hari ni genap usia mujahid kecilku 1 tahun 10 bulan dan lagi 2 bulan je akan genap usianya 2 tahun...sebenarnya abang dah lama tidak menulis sesuatu di laman blog ini...mungkin dengan kesibukan setelah bergelar ayah ini...membataskan abang untuk mencoretkan sesuatu..Ya kehidupan abang dan ina setelah bergelar ayah dan ibu ini semakin hari semakin sibuk...melayan keletah imam muda yang kian membesar dan penuh dengan celoteh manjanya..tiada lain yang dapat abang rasakan selain gembira dan bersyukur dengan apa yang telah abang miliki kini...untuk ina dan irfan....abang sayang kamu berdua...

Monday, August 26, 2013

SALAM SETULUS SYAWAL

Assalamualaikum wbt…rasanya sudah terlalu lama utk abang coretkan sesuatu dilembaran blog ini,mungkin dengan kekangan masa dan rutin harian yang sedikit sibuk memungkinkan abang untuk mengemaskini ruangan serta berkongsi cerita… Alhamdulillah hari ni dah 19 syawal 1434,mungkin belum terlewat untuk abang ucapkan selamat menyambut hari raya buat semua..tahun ni raya yang cukup bermakna buat abang dan ina,tahun ke 3 kami meraikan bersama-sama disamping anakanda tercinta Muhammad Firas Irfan….Alhamdulillah tahun ni juga kami meraikan hari mulia ini dikampung halaman ina..raya tahun ni juga merupakan tahun ke 2 kami beraya disini…Seronok,ya seronok tambah2 lagi bila tengok semua orang gembira… Cuma yang tak seronok bila abang terpaksa menamatkan cuti pada raya ke 4 kerana terpaksa “mempertahankan negara” namun secara kesimpulannya..abang tetap gembira,punya ina dan irfan…

Monday, June 3, 2013

SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN SAYANG...

....Alhamdulillah,syukur ke hadrat illahi abang panjatkan kerana dengan limpah kurniaNya,hari ini 3.6.2013 abang dan ina dapat meraikan bersama-sama hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke....hmmm,kalau sape yang dah lama follow blog ni sure tau kan?so kalau nak tau kenalah selalu follow blog ni ya!.menyorot kembali kenangan dahulu rasanya terlalu banyak perkara indah yang telah berlaku,teringat abang pada pagi syahdu 3.6.berberapa tahun yang lalu saat abang dan ina diijabkabulkan,semuanya masih segar dalam memori ini,kala burung berkicauan riang,mentari terbit sambil tersenyum pepohon melambai-lambai seolah2 meraikan bersama hari abang dan ina diijabkabulkan....harapan abang agar perkahwinan yang dibina ini akan sentiasa mendapat rahmat daripada Allah swt...insyaAllah Amin....

Friday, May 17, 2013

Mei:Ulangtahun kelahiran mujahid kecilku...

Assalamualaikum dan semoga saat ini anda yang sedang bertamu di blog ini berada didalam keadaan yang cukup menggembirakan...rasanya sudah terlalu lama untuk abang coretkan sesuatu di laman yang kian sepi sepanjang tahun 2013 ini.....sebenarnya abang menanti bulan mei untuk mencoretkan sesuatu yang cukup menggembirakan abang dan ina....ha...apalagi ya?tentulah hari ulangtahun kelahiran anak sulung kami yang pertama pada 13 mei yang lalu....abang ingin postkan pada tarikh tersebut namun kesibukkan menjadi penghalang....baiklah,nampaknya hanya hari ini 17 mei 2013 sahaja yang dapat abang kongsikan...Alhamdulillah imam muda irfan semakin membesar dibawah asuhan yang paling indah ibunya....setiap hari dia pasti akan belajar perkara yang baru...haaa....tu,tengah dengar suara dia bergurau,baru bangun tidur lagi....akhir kalam yang dapat abang coretkan semoga irfan akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan membesar dalam asuhan yang berlandaskan ajaran islam insyaAllah semoga syg akan jadi imam tersohor satu hari nanti....insyaAllah...

Monday, December 24, 2012

SEKEJAP JE DAH NAK AKHIR TAHUN YA...

ASSALAMUALAIKUM… Alhamdulillah,segala pujian hanya layak buat Allah swt,tuhan sekalian alam,sedar tak sedar kita dah berada dipenghujung tahun 2012 ya kan?sekejap je rasa macam baru semalam je kita meraikan tahun baru 2012,dan ni pulak tak lama lagi akan masuk tahun 2013 dan kita akan selalu akan cakap macam tajuk abg kat atas tu kan?hehe…sepatutnya post ni abg postkan semalam pada tarikh 23.12.2012 tapi seperti tidak berkesempatan pula rasanya,maka dengan masa yang tidak seberapa ini,maka terasa ringan pula jemari seni ini untuk mencoretkan sesuatu tentang abang dan ina serta irfan,Alhamdulillah perjalanan kehidupan kami kini memasuki fasa yang cukup membahagiakan,walaupun tidaklah semewah berada di istana kayangan,ermm…macam pernah pergi jekan “istana kayangan” namun kami bersyukur diberikan Allah nikmat kebahagiaan ini. 13 disember tempohari irfan pun dah genap usianya 7 bulan,imam muda ni dah semakin membesar dan semakin bijak,seronok tengok perkembangannya depan mata,walaupun tugas seharian abg banyak dipejabat namun abg akan tetap cuba untuk meluangkan masa bermanja dengan irfan,Abg bertuah punyai isteri seperti ina,banyak yang telah dia korbankan buat abg dalam membina rumahtangga ini,tak terbalas rasanya untuk abg,untuk ina,abg sentiasa doakan yang terbaik buat dirimu,insyaAllah kita akan sentiasa berada didalam rahmat Allah swt.ina masak sedap tau,agaknya sebab tu berat abg dah makin meningkat…hehehe,gurau je… Abg dah semakin dewasa,kata orang semakin tua,tahun ni abg kan dah genap umur 30 tahun,welcome to club 30’s hehe…rasa macam tua la pulak selalu kalau tulis pape,boring ke,rasa macam best je tulis 20’an…tapi sekarang dah macam pelik pulak tulis usia 30…hehe,takpelah mungkin tu baru-baru je kot,nanti dah lama-lama ok kot…hahaha,
Oklah disempatan yang bersisa ni,abang ina dan irfan nak ucapkan selamat tahun 2013….update azam dan update iman tu yang penting…