Tuesday, April 28, 2009

Selamat hari lahir untuk Wati dan Baha


Hari ini 28hb April, adalah hari lahir bagi Wati dan Baha. Nak tau ulangtahun ke berapa, korg terjahlah sendiri yek. Kebetulan hari lahir diaorg sama, jadi jimatlah duit nak beli kek. Maka, warga2 Jabatan IT mengambil inisiatif bajet rendah dgn menyambut hari lahir mereka dgn nyanyian sumbang lagu "Hepi besday to u" dan sebiji kek sumbangan Mr. Ah Chuan. Semoga kedua mereka ini sedar akan ketuaan mereka dan semakin matang hendaknya.




Friday, April 24, 2009

Jom Heboh? Nak kena penaboh?


Esok dan lusa akan berlangsunglah acara Jom Heboh TV3 di Pengkalan TLDM Lumut. Warga Perak tidak kiralah yang gemuk, kurus, miskin, kaya, tua, muda, jauh dan dekat pasti akan turun memeriahkan acara. Cuma yang pasti, bangsa Melayu paling ramai. Even petang ni pun dah mula aktiviti bersukan MyTV3 dengan penduduk setempat di Padang Astaka, Sitiawan. Rumah aku dengan padang tu dalam 200 meter je. Dekat sangat. Tapi aku memang tak pergi. Sekarang pun aku masih di ofis lagi. Wife aku pun tak pergi. Dia macam aku, tak minat benda-benda macam ni. 

Nama asal Jom Heboh adalah Sure Heboh. Sure Heboh memang dah lama tak masuk Perak, sejak keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia yang dibuat pada 30 Julai 2004 memutuskan bahawa konsert Sure Heboh TV3 adalah HARAM kerana ia melalaikan dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda. Selepas fatwa tersebut, TV3 mengambil inisiatif dengan menukar perkataan "Sure" kepada "Jom", kononnya yang diharamkan adalah kerana perkataan "Sure"  itu sahaja. Kesian TV3 atas kecetekan agama mereka. Sebenarnya tidak kisahlah perkataan apa pun yang dipakai, itu sekadar nama sahaja. Pengisian program yang sepatutnya dilihat.

Tetapi nampaknya, selepas perubahan tampuk kepimpinan negeri Perak di bawah Dato Dr. Zambry, Jom Heboh dibenarkan semula masuk. Ramai orang tuduh Mufti Perak, Dato Seri Harussani Zakaria berat sebelah, tak berani bersuara. Aku tak nak menuduh melulu macam tu, kerana kita tidak tahu adakah benar Dato Mufti tidak pernah bersuara langsung? Siapa tahu mungkin Dato Mufti  pernah menasihatkan Dato Dr. Zambry berkaitan hal ini. Dan jika Dr. Zambry yang berdegil, apa yang Dato Mufti boleh lakukan lagi? Kuasa Mufti terhad, hanya fatwa yang mampu dikeluarkan.

Ada yang berpendapat, setakat pergi ke gerai-gerai pameran tak mengapa, jangan pergi Konsert sudah. Aku no komen. Bagi aku, apa yang istimewanya gerai-gerai tu sampai bersesak tengah panas pun orang sanggup? Ada jualan barang-barang murah ke? Rasanya tak ada apa pun, selain dapat jumpa selebriti-selebriti dedah aurat penyeri gerai aje.

Bagi yang pergi, mungkin ikut pendapat Dr. Zambry. Bagi yang tak pergi, mungkin ikut pendapat Majlis Mufti. Bagi aku, keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia pada 2004 tu masih sah dan terpakai, sebab pengisian program TV3 tu tetap tak berubah. Terpulang la pada kita untuk patuh atau tidak. Aku dan wife cetek agama, jadi kami patuh je keputusan Mufti tu, risau juga mati nanti kena *penaboh. Kalo tak disebabkan fatwa pun, memang aku dan wife tak suka beratur-atur, bersesak-sesak dalam cuaca panas. Mungkin aku suka lapang2 kut...


*Penaboh = pukul, belasah, hentam




Wednesday, April 22, 2009

Latihan MPIS di Kedah


Hari ni aku kena pergi Cinta Sayang Resort, Sg. Petani, Kedah. Ada latihan untuk sistem pemantauan portal, MPIS. Latihan ini dikendalikan oleh pihak Skali Web Services, syarikat yg telah berjaya mendapat kontrak untuk membangunkan semula portal2 agensi kerajaaan. Baha dgn Fiza pulak kena pergi SUK Ipoh, ada meeting technician2 kat sana. Tp aku diberitahu, Fiza x jadi pergi sbb nenek dia meninggal. Takziah aku ucapkan... 

Aku pergi dgn Tina, dan dipandu oleh Abg Sham. Kami bertolak pukul 10 pagi, naik Waja dan sampai Kedah dlm pukul 1 tghari. Tak cakap byk, terus cari kedai makan dulu. Abg Sham bawa kami ke sebuah kedai yg didirikan btul2 sebelah rumah je. Rumah tauke tu rumah teres lot tepi sekali, jadi ruang lebih corner tu dia bubuh bumbung dan wat kedai makan. Byk giler lauk-pauk dia, sama mcm kedai bos aku, Silaturahim kat jalan Teluk Batik tu. Cuma dia x ada sayur dan ulam2 je mcm Silaturahim. Aku bantai sotong besar dgn lempung, tina hentam lauk keli dan abang sham makan apa ntah x ingat. Campur minuman semua jumlah harga RM 11. Hah?? Murah giler!. Abis makan kami trus g Cinta Sayang Resort. Latihan mula pukul 2.30 ptg. Antara PBT yg hadir adalah Kampar, Kuala Kangsar, Batu Gajah dan Tapah. Selesai latihan, sesi soal-jawab dgn Pengarah ICT EPU, En. Abdul Ghani Botok. Byk jgk isu yg dibangkitkan oleh aku dan wakil2 PBT lain.

Pukul 6 ptg kami bertolak balik. Pukul 7.30 mlm singgah jap solat Maghrib kat Masjid An-Nawawi, Pengkalan Baru. Pastu g kedai makan 3R kat Kg. Hujung Pasir. Aku n Tina pekena nasi goreng paprik, Abg Sham balun nasi udang lipan. Pastu sambung perjalanan dlm pukul 9.30 mlm baru smpai umah. Letihnya....

Nota : Gambar Tina tgh "fokus" dgn latihan... 


Tuesday, April 21, 2009

Problem sistem Softnet Meeting


Pagi ni pukul 9 aku ada Mesyuarat Keutuhan Pengurusan Bil 1/09. Nasib mesyuarat pun abis cepat. Then aku fokus plak untuk settlekan sistem Softnet Meeting yg x leh running tu. Dah beberapa hari aku try, ada masalah utk connect ke server MySQL. Last2 sebelah ptg nasib baik programmer otai, Jan dan Mahathir dari Virtual Softnet dtg.

Rupanya bos aku panggil deme utk tgkkan report sistem VirQueue yg x tepat. Apalagi aku tanpa lengah terus berdua-duaan berkhalwat dgn Jan dlm bilik server utk settlekan masalah tu. Try punya try, dan ditambah lagi dgn otak Mahathir, akhirnya settle jgk. Rupanya bukan masalah setting MySQL aku, tp setting pada file config sistem diaorg. Menurut Jan selepas insiden tersebut:

"ntahlah, slalu aku set EXPTYPE=1 boleh je. Pelik kali ni kena set jadi 0 plak. Mgkin sbb ko pakai Xampp kut, sebelum ni aku duk test guna Wamp je"

Tak kisahlah Jan, janji benda settle. Tq pada otai berdua.

Thursday, April 16, 2009

Ceramah ISO


Korg tau ke apa tu ISO? Ala yg slalu ada logo SIRIM tu. ISO ni adalah satu pengiktirafan pada organisasi sbgai simbol bahawa organisasi tu telah menepati satu piawaian antarabangsa dlm apa jua bidang diceburinya. Nak dpt sijil ISO ni bukan mudah, ada prosedur2 dia yg kena ikut, kena buat dokumen, dan kena audit oleh SIRIM dulu. Hari ni kat ofis, spnjang hari ada ceramah penerangan ISO, khusus berkaitan dgn Kawalan Dokumen dan juga Kawalan Rekod. Setiap Ketua Jabatan bersama 2-3 org kakitangan bawahannya dikehendaki hadir ceramah ini. Untuk Jabatan IT, aku, bos dan Tina yg masuk. Ceramah disampaikan oleh Pn. Hajah Rosida daripada UiTM Perak. Untuk pengetahuan semua, organisasi aku ni dlm proses untuk mendapatkan pensijilan bagi MS ISO 9001:2008. Actually kami dah ada dokumen utk ISO 9001: 2000 tp bila versi 2008 keluar, kami tangguh dulu versi 2000 tu. ISO versi 2008 adalah yang paling terbaru dan sehingga blog ni ditulis, belum ada mana2 organisasi dlm Malaysia yang diberi sijil ISO 9001:2008. Jadi kami cuba jadi yg first dlm Malaysia dpt versi 2008 kiranya hehehe cayok cayok!.. Kenapa aku terlibat? Sbb bos aku telah dilantik sebagai Pegawai Pengawal Dokumen (PPD) ISO, dan aku pemangkunya huhu... Susah rupanya tugas PPD ni, kalo boleh nak bagi kat org lain je... Tulun tulun... Penerangan oleh Pn. Rosida mmg jelas dan best, pandai dia guna kuasa pukau smpai staf2 lain x jadi nak tido hihi.

Wednesday, April 15, 2009

Selepas 5 tahun, aku kembali berblog !!


Salam semua..

Macam mana nak mula ntah? Sbnrnya kali pertama dan terakhir aku guna blog adalah sekitar Julai 2004 lalu. Mmg sebelum tu pun aku dah celik teknologi blog ni, tp blum smpai seru nak buat. Nak jadikan cerita, kat ofis aku masa tu semua kakitgn jabatan IT ni kena ada buku catatan kerja harian, kira mcm diari la dari pukul 8am smpai 5pm. Tujuannya utk memudahkan bos pantau kerja2 anak buah. Tp disebabkan kami ni org2 IT, jadi x riak ler kalo tulis diari pakai buku, justeru timbul idea bongkak (ntah drpd sapa) utk guna blog. Maka serentak dgn itu bos pun bagi arahan "semua staff buat blog, rekod kerja2 harian dlm tu, nnt saya nak tgk". Maka lahirlah pelbagai blog skema oleh staf2 IT, termasuklah aku. Ayat2 dlm blog mmg skema2 jer, sbb bos nak baca nnt. Ada la dlm bbrp hari je aku ghairah berblog pun, pastu aku dah bz terlampau. Bos pun bz x ada masa layan blog merepek kami tu. Akhirnya blog aku tinggalkan tidak bertuan dan aku pun teruskan life mcm biasa, tanpa blog. Dan dari hari ke sehari, aku dpt perhatikan teknologi blog makin popular. Kalo dulu blog sekadar tmpt luahkan idea, tp skrg blog dh mcm2. Ada jd tmpt tabur fitnah, berita2 terkini, kempen politik, download2 file, jiwang2 dan mcm2 lagi ler. Masa tu usah ckp ler, URL blog aku pun dah lama aku lupa....

Tetapi, sejak kebelakang dan kedepanan ini, aku mcm dihasut2 utk berblog. X tau nape, adakah sbb kempen politik dah mula pakai blog? atau sbb sahabat2 dlm JTKPK  makin ramai memperagakan blog mereka? atau sbb mata aku asyik terserempak blog kat skrin PC budak2 praktikal ofis ni? Aku sendiri pun x tau. Cuma aku rasa byk benda aku buat selama ni, x ada direkodkan dan hanya tinggal sejarah. Kdg2 benda ilmiah/muhasabah pun x dpt nak dikongsi dgn org lain, rugi pahala. Tp bila fikir2 balik mcm malas plak nak mula, URL blog pun dah x ingat..

Ptg smlm, masa tgh borak2 dgn sahabat ofis ni, dia bukak cite pasal blog. Katanya dia bukak blog utk business, n wife dia pun ada blog utk share kreativiti. Kata2nya tu menimbulkan tekanan yg amat kuat pd mendula oblangata otak aku ni smpai aku terus order Kopi Red Guara (gaji nnt bayar) drpd dia. Perbualan tu pula aku jadikan alasan utk ghairah berblog semula. Aku tanpa pantauan sesiapa trus memeras otak mencari URL blog lama aku dulu tu. Mcm2 aku try x berjaya. Then aku g kat site blogger dan try fungsi "Lost Password", x berjaya jgk. Atas prinsip "gagal sekali bukan bererti gagal selamanya", aku keep trying smpai senja, baru jumpa. Rupanya2 dulu aku daftar blog ni atas URL "www.abang81.blogspot.com". Terima kasih Power Root. 

Sekarang, dah hampir 5 tahun sejak kali terakhir aku menaip blog, kini aku sambung semula. Interface blog aku pun nmpk purba, akan aku tukar dlm masa terdekat Insya Allah. Rasanya byk benda aku nak taip semula dlm blog ni, dan kalo perlu back-dated, aku back-dated. Harap2 semangat semerah padi aku ni akan kekal lama, bukan hangat2 tahi ayam.  Jadi kpd shbt2 luar sana silakan terus menyokong blog aku ni (kalo ada penyokong ler). Bak kata Zainal Alam Kadir, "blog siapa kalau bukan blog kita"....


Abang Insaf © 2009. Original by Yanku. Modified by Abang