Tuesday, June 22, 2010

Pelamin anganku


Dah lame sangat rasenye tak mengupdate kat sini. Rasenye bloggers lain juge kalau dah kawen je sure blog jadi sunyi sepi. Then if dah berjaya memproses manusia baru memunculkan kembali dirikan. hik3.. Now ni kat office. Bolehla nak buat update. Kalau kat rumah, baru je nak sign in, teringat je keje2 yang tertunggak.

Okey. Kali ni nak langsaikan hutang pelamin plak. From previous post, you all boleh bace yang decorator untuk pelamin kene tukar last minutekan. And follow my mom punye choice. Boleh view kat sini.

The decorator was Pak Abu punye contractor. If u deal dengan Pak Abu direct, harga sure sekali ganda or dua kali ganda mahal sebab Pak Abu just jadi consultant then die akan sub dengan orang lain. And kebetulan, my cousin kawan kepada die ni, dari situlah kitorang kenal.

Mini Pelamin Malam Berinai

So, below, mini pelamin untuk malam berinai. Since my parents tak bagi duk atas pelamin time akad nikah, so pakai untuk berinai ajelah. huhu. sedey btul.


Ade effect lighting kaler biru kat belakang. Kebetulan kat rumah ade chandelier kat tengah2 hall tu so die centerkan pelamin tu ikut chandelier tula. Dah tak payah nak tambah lampu. Ade 2 spotlight from bawah. and two flower stands. Bunga tu i request nak gerbera.


Actually tempat yang tak letak lagi flower stand tu adelah laluan untuk ke hall lagi satu. So mase berinai, laluan tu kene tutup and laluu ikut pintu lain.


Dari porch, dorang letak candle stand ni sampai ke pintu masuk.


Kat pintu masuk, gantung lantern ni plak kat kiri kanan.


Kat bawah pelamin, atas carpet, kiri kanan letak candle gak banyak2. 

Untuk deco malam berinai, tak penah bagitau nak macam mane, nak letak ape, bla, bla, bla.. Semua dorang pandai2 buat sendiri coz aku lebih suke tengok yang surprise (of course surprise yang cantik) daripada bagi arahan. Dari segi seating, memang nak try kerusi yang macam ni tapi nasib baik tak gune time bersanding. Sakit woo belakang nak kene adjust duk tegak je. huhu

Pelamin Majlis Bersanding


Luas mata memandang. Sangat, sangat, sangat selesa. Banyak gile ruang. Leh muatkan dalam 30 orang satu mase (rasenyela :p) Takde kejadian tetamu yang bergambar terlanggar pasu bunga or lampu kiri kanan. Cume panas je sebab lupe nak mintak kipas. Tapi time bersanding, dorang terperasan and cepat2 letak kipas kat tepi. 


Stool kecik kat bawah tu untuk bridesmaid duduk. Alhamdulillah tiade kejadian kaki kebas mahupun kain tersingkap.


Pintu gerbang. Nampak macam pintu suke hati doraemon plakkan.


Dorang juge setup main table. Simple. Tak serabut. Actually ade sewa lantern tapi tah cemane, sume orang lupe nak kuarkan. Jadi, lantern tu hanyelah jadi penghias stor :p


Masih menggunakan gerbera.


Tangga pun tolong hiaskan. ye. hanye tolong walaupun material dorang sediakan. Takde dalam quot.


sirih junjung 22 belah pihak pun tolong buatkan juge.
bantal nikah pun.
deco sikit2 bilik pengantin. tambah mane2 yang patut. 
dan tak lupe hand flower pun aku tau2 dah siap je walaupun tak suruh buat ;-)

So, bagi sesape yang berminat nak menggunakan khidmat mereka ni, bleh email i untuk dapatkan contact number k. Dorang selalu buat untuk majlis2 di istana such as birthday sultan etc. and kelebihan dorang tak berkira and for sure takkan buat korang makan ati, terasa ati dengan perangai dorang macam mak,pak andam lain.

Wednesday, June 09, 2010

Sebulan sudah..

Semalam, genap sebulan aku kawen. Sebenarnye aku pun terlupe dah sebulan. hihihi. Sebab selama ni bile bukak blog, asik pandang ticker sebab nak tengah menghitung hari nak kawen. Bile dah kawen, terlepas pandang ticker tu. huhu.

Semalam, outing secara beramai2 dengan opismate and my BFF, cik Mas nonton Lagenda Budak Setan. hehe. Bolehla kire celebrate secara ramai2 diluar kesedaran :p. 

4 hari sebelum, my pengapet, Lyn ym. Die cakap, 'dah dekat sebulan dahkan kawen'.. huuu..terharu kejap sebab ade yang lebih ingat dari diri sendiri. 

Life? Makin lame dah boleh biasekan diri dengan kerja2 rumah. Setiap pagi, mesti aku yang kene bangun dulu. jeles okey dengan incik amat. die dapat tido 10-15minit lagi lame dari aku. tak aci! nasib baik aku tak perlu bancuh kopi, bancuh teh setiap pagi untuk si suami. air ribena sejuk sudaaa.. Tengahari, balik rumah. Time untuk basuh, jemur, lipat baju. and kadang2 diharuskan untuk masak kalo si suami kelaparan. dan selalunye die akan kelaparan bile aku mengadap lappy tercinta. Jeles kat akula tukan! nasib baik musim panas. Jemur sejam terus kering. Selesai keje. Then pegi keje balik. Balik keje, masak lagi *sentiase berdoa incik amat tak mintak makan pelik2 :p*. Makan. Tengok tv. Tido. Itulah rutin setiap ari. 

Incik amat kate aku dah kuat bebel!haha. mane taknye. aku angkat, die letak. aku simpan, die kuarkan. Tapi masih tidaklah bebel secara berpanjangan yang membingitkan telinge. bebel2 manje gitu. hik3 ;-). Yang penting, baju2 muat lagi. Walaupun dah tak longgar sangat. harharhar..

Monday, June 07, 2010

Dayang2 ku

Today mau bercerita mengenai dayang aka bridesmaid aka pengapet. Sape cakap bridesmaid aka pengapet tak penting? Bukan setakat tukang kipas and lap peluh je tugas dorang ni. Bagi aku dorang dapat membantu menurunkan kadar nervous kamu juge. Macam aku. Bukan setakat untuk tolong2 siapkan ape yang patut or mengiringi penganten tapi dorang dapat membantu mempengaruhi emosi penganten. Macam aku, bile ade yang tak puas hati terjadi, bile luahkan rase ketidakpuasanhati tu kat mereka ni, legaa rase. Tak jadi nak marah. Tak jadi nak mengamuk. hehe.

So, untuk wedding aku, of coursela aku memilih BFF untuk menjadi dayang2 aka bridesmaid. They all dah tau from a-z mengenai diri aku dan yang paling penting sekali sehati sejiwa sekepala. heh. Nani and Mas berkorban untuk stay dirumah 2 hari before lagi. Tetibe time tu rase cam sayu je nak tinggalkan zaman anak dara. huhu. A day before kami bertiga ke hulu ke hilir mensetelkan segala hal2 yang tak setel lagi. Yup. Kami masih sempat berjimba. Nasib baik tak sempat nak karok je. hihi. 


Doy, tukang jait beads. Nanti kite story later about die ye.


Lyn, my BFF yang jadi pengapit. Her post memang dah dibooking sejak time aku bertunang lagi secara volunteer. hehe. Senang ati dah ade pengapet. And die juge menemankan ke Jakarta ;-).
and Nad aka our MC for reception.



Untuk malam akad nikah and malam berinai, 4 orang. Nani, Mas, Doy and Lyn. Dress and accessories from head to toe semuanye sdn. bhd. Sangat terharu bile dorang ade effort untuk berpakaian sedondon untuk malam tu. Mencari material kat Jalan TAR. Huru hara dibuatnye. Bukan senang nak dapat 4 pasang yang same design. Itupun 2 same and lagi 2 tak same. Yang penting colour same. Untuk kain batik juga diimport dari Jalan TAR.


Merasa bahagia sentiasa dikelilingi dengan BFF.


Ketika reception, 


Petals ditabur sepanjang berarak. Instant bakul bunga untuk flower girl. Terlepas pandang nak beli/cari bakul yang lebih sesuai. huhu. Tapi masih nampak cantik dimate penganten pun dah dikire ok kot ;-)


Di pelamin, bridesmaid yang dibawah dah disediakan dengan dulang yang berisi bunga telur untuk para perenjis. Pelamin decorator sangat bagus sebab bagi stool kecik untuk bridesmaid duduk. Menambahkan keselesaan :-)


Baju mereka dibeli time aku g jakarta. 2m lace + 4m satin. Baju pengapit lelaki pun same. Untuk shawl sdn. bhd.. Juga diimport dari Jalan TAR. Memule dah beli tudung awning. Tapi time beli tu tak bawak kain pun. Then bile balik tengok2 tak matching pon. Bile dah siap baju, a week before wedding, pegi lagi skali ke Jalan TAR g carik shawl and inner plak. huhu. Nak seragam nye pasal, xkesahla. Janji cantekkan.

To  Mas, Nani, Doy, Nad and Lyn, nanti time korang kawen, aku sedia berkhidmat untuk ape saje. Jadi runner pun takpe. Jangan kawen time aku dalam pantang dahla. Tengah sarat pun boleh tahan lagi. hihi. Nak gak merasa menyumbangkan tenaga dan idea. Nak gak same2 bersesak dalam pasar malam Jalan TAR walaupun hanya untuk sehelai tudung dan seketul begedil :p. Yang penting, cepat2lah kawen. Tak sabar den ni ha..hik3.. luv u all...muahhhh...

TIPS: Elakkan dari pilih bridesmaid yang asik nak berlawa/bermakeup mengalahkan pengantin. Pengantin dibiarkan comot, die berbedak sakan. hehe. Kalau boleh, pilihlah baju bridesmaid colour yang kontra dari penganten. Takut nanti penganten tenggelam. And kalau boleh pilihla yang sama tinggi or ketinggian yang lebih kurang. Elakkan dari beza ketinggian yang ketara ;-)

p/s: To Doy, sorry buat u sampai demam..sampai tak larat nak join outdoor..huhu.. 

Kartu Undangan

huhu..lame sudah post seterusnye tergendala. Nak update pun, ade je keje nak keje buat. My another blog pun kene berupdate gak. Tapi takpelah. Kite update sikit2lah. Asalkan ade progress. hehe.

Kali ni nak share pasal invitation card. Boleh refer dari post ni. Dari sejak zaman hard cover muncul, aku memang dah berniat untuk buat time aku kawen gak. So mase mule2 buat bajet, bajet untuk penempahan kad haruslah diutamakan. Asalkan impian aku menjadi kenyataan. hehe. Bile survey2 kat sini, harga average RM3-RM5 ke atas kan. Itu pun 1000 pcs ke atas. Berpeluh gakla bile dengar. So bile survey2 lagi, ramai orang tempah kat Indon, usaha pencarian rezeki harus dilipat gandakan untuk pergi ke Indon pula. Alhamdulillah. Sampai gak ke sane. 

Dan survey2 lagi, kali ni untuk dapat tempah yang murah, cantek dan cepat. Hari2 kat office dihabeskan dengan mensurvey tempat buat kad. Beribu2 quot aku dapat. Kebanyakannye kat Pasar Tebet. Satu hari, hampir2 seminggu lagi sebelum pergi ke sane, usahe mensurvey masih diteruskan lagi. Sehinggalah terbaca satu blog ni, dah lupe link. Ade connection dengan deejay Suria FM. Adik/sedara die ade tempah kat situ gak. So aku dengan tak malunye email die untuk tanye the details. And die dengan mesranye bagi all the details and infos. Mengikut info tu, memang murah and yang paling penting boleh siap dalam mase 3 hari. Trus call orang kat sane and set an appointment untuk jumpe kat sane.

Di Jakarta, tak lame after check-in trus dapat call yang die dah tunggu di bawah. Senang betul tak payah pegi ke kedai. Die bawak beberapa sample and aku bawak the details. After discuss dengan Incik Amat and Lyn (bridesmaid), ambik je sample yang ade, just tukar colour untuk mempastikan boleh siap dalam mase yang dikehendaki. Dalam kul6 bagi details, kul10 mlm datang balik untuk proofread. Agak tak puas hati sebab masih ade bahasa2 indon yang di bahasa malaysiakan. Tak suke. Edit lagi. Pukul 9 pagi datang balik, cek lagi. Masih ade 2,3 ayat tapi dah boleh proceed untuk printing. Yes! Debaran bermule. Takut ade tersilap lagi and berdebar kene marah dengan abah. hehe. Deposit separuh dari full amount dah bayar. Untuk menjamin keselamatan, die bagi aku pegang ID card die. ID tu kire macam IC la. So on the last day, die datang antar 2 kotak besar kad ke hotel. Alhamdulillah tak ade silap kat mane2. Lega.. Dah bleh tersenyum lebar sebab satu impian dah tercapai. hehe. Oh ya, semua discussion bertempat kat lobby hotel je.



Tapi envelope tak setel lagi. Usaha gigih diteruskan dengan Incik Amat ke Jalan Pudu untuk custom made envelope. Kat sane, u all bleh cakap je macam mane/ape jenis envelope yang korang nak. Dari satu kedai ke satu kedai g tanye, last2 dapat gak kedai yang murah. Envelope yang kulit agak keras around 20 sen je. Sangat2 murah sebab dah survey kat kedai wat kad kawen dalam RM1.20 untuk envelope sahaja. huhu. 2 hari je dah siap. 





And bile balik ke rumah, kad yang dah siap tu terasa kosong plak bahagian depan tu. So decide nak tambah ribbon plak. hehehe. keje yang remeh temeh tu bagi kat ibu sebab tangan aku dah tak tercapai nak wat keje2 macam tu. Resultnye macam kat bawah. Tapi buat mane yang sempat je. Sorrylah kalau yang dapat tu xde ribbon plak ;-)


Tapi bagi yang berpendapat 'kad cantik macam mane pun, orang buang gak', tak kesah pon. Sebab ade beberapa orang yang simpan and display kad tu kat dalam almari dorang. Walaupun 1 dalam 100 tapi kepuasan itu penting. Puas sebab impian selama ni dah tercapai.. ;-)

TIPS: In my opinion, seelok2nye letak dua-dua invitaion (belah lelaki dan perempuan) dalam 1 kad sebab if kawan2 tak dapat hadir belah perempuan sebab jauh dan sebagainye, still ade bleh pergi yang belah lelakikan. Macam yang aku selalu buat. Pegi mane yang sempat :-)

Haiya..

Hurm..Penah tak korang time belum kawen dulu, ade makcik/pakcik yang sebok2 tanye bile nak kawen? time tu kite belum plan nak kawen lagi..Bile kite jawab Insyaallah tak lame lagi, dorang cakap 'kalau nak kawen nanti jangan lupe ajak'. Pastu bile kite dah ade tarikh untuk kawen, sebok tak sempat2 plak tanye mane kad undangan? Bile tibe hari kite kawen, haram batang idong pun tak nampak.. Pernah???

Disebabkan aku baru je kawen, jadi aku pernahlah berhadapan dengan manusia2 macam ni. Tak taula ape motifnye sebok2 nak tau bile aku nak kawen time zaman aku mude mudi dulu. Boleh dikatekan setiap bulan duk tanye bile aku nak kawen. Bile aku tak jawab, tanye plak kat Incik Amat. Dah hampir sebulan aku kawen, sunyi sepi. Baru puas ati kot sebab aku dah kawen. haih. Ingatkan nak bagi adiah sebesar meja ke, mane tau nak bayar nazar plak kat aku. kekeke..

Pasni, readyla plak orang tanye, dah ade 'isi' ke belum.. Tang2 nak menjaga tepi kain orang tu memang cepat je nak taukan. Adehh..manusia ohh manusia..

Tuesday, June 01, 2010

Hantaran

For gubahan hantaran, untuk dua-dua belah pihak kami menggunakan fresh flowers. Malas nak gubah gune reben etc. Sebab bile dikire2 balik kos untuk gubahan reben/artificial flowers lagi mahal dari gune fresh flowers. Cume nak menggubahnye kene last minute and cara cuba-jaya je. Dah belajar dari pengalaman bertunang, banyak spent kat hantaran. Kali ni, serba ringkas dan serba jimat. hihihi.

Bunga diborong dari Floristika, Bangsar. Boleh tengok kat sini time kami beli belah aritu. Urusan pengambilan sume diuruskan oleh BFF. Mas and Nani. Bad luck untuk aku. Dahlah harga naik RM4 dari harga asal, stok bunge yang diorder plak habis. Jenuh Nani call aku report yang tu xde, yang ni ade.. sudahnye ape yang ade jela ambik. Rase nak marah pun ade.. Dah booking dah kot, bleh plak xde..huhu.. Tapi dengan menganggap itu sume dugaan, redha jelah. Hantaran je pun. Asalkn ade bunge, gubah aje. Ramai lagi yang dapat dugaan yang lagi teruk dari itukan. 

Pagi2 hari nikah, BFF bangun awal bertungkus lumus siapkan gubahan termasuk untuk belah lelaki. Mule pukul 8 pagi, around kul 1 lebih dah siap. Walaupun xde pengalaman dalam gubah2 hantaran ni..jadi gakla akhirnye..hehehe.. 

Antara hantaran daripada pihak lelaki;


cincik + mas kahwin + cek


makeup set


handbag + wedges


camera

Antara hantaran daripada pihak perempuan;


cincin


camera dikelilingi chocolate


perfume set


laptop


fruits

For sirih junjung untuk both side, minta tolong pelamin decorator tu tolong gubahkan jap :p. Just sediakan bahan and bunga2 yang diperlukan. Request nak yang moden and tak perlu serabut macam dalam taman bunge sangat. Dahla mintak tolong je, bleh plak nak request itu ini kan..hehehe..


  

TIPS: Kalau rase tangan tu lagi keras dari kayu, jangan ingat takde bakat nak gubah hantaran etc. Dengan prinsip 'selambe je' anda pasti berjaya. ahaha. Dari membazir bayar orang tolong gubahkan RM70-150 per dulang, baik gubah sendiri. save 50%. and dapat mencungkil bakat terpendam ur BFF/sedara juge!chayok!

 
the time between proposal and marriage. Design by Exotic Mommie. Illustraion By DaPino