Monday, April 20, 2009

at last..



Sambungan daripada blog..

Dikesempatan ini nak ucapkan ribuan terima kasih and penuh kasih sayang kepada semua yang menjayakan HARi itu (isk..cam ucapan terima anugerah pelakon terbaik plak). especially to my family. abah, ibu, along, kak suzy, bangcik, k siti, adik, yasmin and hanna too. tanpa korang, HARI tu takkan terjadi and takkan menjadi. sob..sob..

To all my fren yang telah same2 mengkongsikan detik-detik bahagia dalam idup aku.. haha goli. especially nani. penyimpan mohor besar untuk diri aku. sanggup susah payah sesame aku. (okay. i know. i yang pakse u kan. sebab Mas berlaku curang terhadap kite. hik3). seari before HARI bley kuar beronggeng di Sg. Wang and Low Yat. Pastu balik umah lambat dengan muke tak bersalah bagi alasan ujan and jalan jem. kuikuikui.. nanti ur HARI kite gi mandi laut plak k.


.nani.me.

kepada yang lelain tu thank u very much sebab sudi datang dari jejauh. MATEREALIFE-Am & Zam diundang khas dari Melaka and JB. Lyn dekat je xpe. Incik Amad dikire skali x? hihi. Walaupun at first korang rase cam kitorang ni just nak kenekan korang je, tapi korang datang gakkan. ngeh3


.am.lyn.zam.



ex-SKSHAS plak. yang aku tau korang sure akan datang ape-ape event yang aku wat. hampir nak bernenang air mate bile memule paan cakap tak sure datang ke tak sebab fara pun tak confirm lagi. huhu. Fara dari Ipoh, Muz dari Penang pun sanggup turun, baru aku tau betape sayangnye korang kat aku. ngeh3..


.zarif.paan.fara.muz.

Nadiah Aini, bestfren mase kat BBGS. Lame gile tak jumpe. after form 3 kot baru now ni dapat jumpe.


My TKC fren. Aku tengah sibuk2 photoshoot dorang leh nek tido. tau2 senyap je dah. Penat gelak besar ek? gelak till orang kat bawah dengar sampai ade orang nek atas suh senyap sket. hihi. sorry sangat tak dapat nak join borak2, gossip2, ngumpat2. huhu. buzy sangat with cameraman lagi, family Incik Amad juge. thanks for coming k. that nite sempat lagi lepak Old Town White Coffee as 'tunang orang' with Mas, Nani & Kay. hak3. lame dowh tak kuar same but sangat puas hati sebab nani & mas tido umah. sian nani kene tido 2 malam.hak3.




.kay.mas.nani.tasha.rizal.

Tak lupe gak my opismate. Opismate incik Amad juge. Azli, Darn ngan Mirul. Muke ala2 innocent dalam gambar nih. camne leh jadi camni pun tak tau ar.



~Berikut adalah suasana sekitar majlis~

Detik-detik menjadi tunang orang.=p



.His Family.



.my family.



.agak kurang waras.







.practice make perfect.







so. lelain pic ade kat my fotopages k. thanks again to mr fazi. nanti ade promo btau awal2 k.hehe.

Jom layan slideshow (lagu: Cinta Gila from Grey Sky Morning) yang Incik Fazi wat nih. 1st time tengok perghh.. tak terkate. Gelak sensorang kat opis sebab sume action yang buruk2 masuk gak sekali. Malam tu gak tengok lebih dari 10 kali. tapi yang penting ske gile lagu tu. Agaknye ni 1st couple/customer yang tak berape waras yang die penah jumpe kot. Sian die. hik3.




"saat indah bermula. terasa bahagia. cinta yang lama terhenti, berputik kembali. ada yang menghampiri, ku tidak peduli. cinta ini cinta gila, untuk kita berdua. Woo. tiada yang dapat menghalangnya. kita berdua terus bercinta, selamanya. i can't live. i can't liviving without you oh baby just only you that my love. with love. hanya kau ku miliki, yang tiada ganti. bukan mimpi sudah pasti, jiwaku berseri. ada yang menghampiri. ku tidak peduli. cinta ini cinta gila. untuk kita berdua"

+elyina+

Thursday, April 16, 2009

dah sampai..



tadi mase balik umah lunch hour, posmen pos laju tu datang ketuk umah Incik Amad.
aku lupe yang aku letak alamat umah Incik Amad.
Cemas jap die call aku tanye pasal bungkusan tu. hehe.
Lupe nak inform die gak.
Majalah ni di order from sorang bloggers.
Die terbeli 2 buah Ratu Sehari 7th Edition.
Memandangkan L lum ade lagi yang edition tu so beli jela.
RM19 including postage fee.
Thanks to Miss Soraya =)

+elyina+

Monday, April 13, 2009

official photo

Sekian lame tunggu. lepas sebulan setel bertunang barulah dapat sume gambar2 from our official photographer, Incik Fazi. Semalam, Incik Amad, Amirul and aku jumpe Incik Fazi & family kat Alamanda. Sangat excited nak tengok gambar.


.ini box album.

Incik Amad komplen sebab gambar aku yang penuh. hihi. nak wat camne. kate bertunang. sure banyak pic pompuankan. So sangat puas hati tapi agak tak puas tengok gambar memandangkan just 110 keping je gambar dalam album tu. Kalo bleh nak letak sume gambar. So kalo nak tengok gambar2 len kene bukak cd la. or fotopages. next entry kite story pasal gambar plak k.


.cd and album.



Pastu gi jenjalan sambil membawa album yang sangat berat tu. Dorang kate sape gambar yang paling banyak dalam album tu, die kene bawak sendiri. adeh.. sampai ati tau. xpelah. angkut jela. yang penting dapat beli Mag Ratu Sehari 8th Edition ni. RM20. hehe. susah woo mau jumpe. dahla kuar 3 kali je staun. Baru nak start kumpul nih. yang 7th edition on the way. tah bile sampai tah. banyak gile info yang bleh watkan jadi gile. hik3.



+elyina+

Monday, April 06, 2009

mane mau carik??


I'm looking for Majalah Ratu Sehari 8th Edition!

mana mau cari??

dah keluar masuk kedai buku pun still tak jumpe pon. aiyoo..

ade bloggers bitau kat Kinokuniya

tapi jauh plak

tak sedekat Alamanda yang bleh pegi pas balik keje.

nak langgan ambik mase sebulan utk proses application

~adeh~


+elyina+

Thursday, April 02, 2009

senarai semak

Tengah bizi nengok2 website mak2 andam ni aku terbace yang ni. Bergune gakla tips ni. Harap tips ni bleh tolong aku and incik amad nanti. lets see all senarai semak ni.

Senarai Semak Pengantin Perempuan dan Lelaki

12 bulan hingga 6 bulan sebelum
  • Pilih tarikh dan waktu bernikah
  • Pilih lokasi dan waktu jamuan serta membuat tempahan
  • Memesan lokasi dan waktu upacara persandingan berlangsung
  • Menentukan gaya serta tema majlis persandingan
  • Mengatur bajet
  • Pilih penyelaras majlis perkahwinan yang terbaik bagi menata majlis anda
  • Pilih juru andam
  • Pilih katering
  • Pilih jurufoto dan juru video
  • Pilih kedai bunga serta penghias lokasi majlis
  • Pilih cincin pernikahan
  • Pilih muzik
  • Pilih kek pengantin
  • Pilih kad jemputan
  • Menghadiri kursus perkahwinan
Tips : Tempoh sebegini membolehkan anda membuat lebih byk survey untuk memilih apa yang memenuhi citarasa dan yg paling penting budget anda. Pilihlah tawaran yang terbaik dengan harga yg berpatutan

4 bulan sebelum
  • Menyediakan semua urusan persandingan (membayar deposit, pergi memilih dan menyedang pakaian serta tinjau lokasi majlis)
  • Pilih dan tentukan semua kelengkapan perkahwinan (undangan, kek pengantin, bunga pegang, penghias majlis, gubahan hantaran, juru gambar, juru video, muzik)
  • Menghubungi Kadi atau imam dan Pejabat Agama Islam
  • Menghubungi saksi pernikahan
  • Memesan buah tangan untuk tetamu
  • Merencana bulan madu
Tips : Sekiranya anda baru merancang majlis anda pada tahap/ tempoh ini, pertolongan kawan2 atau saudara mara yang baru melangsungkan perkahwinan mereka amatlah diperlukan. Cuba bertanya contact number khidmat perunding majlis, pengubah hantaran dan kedai2 pengantin. Percayalah info2 tersebut banyak membantu anda

2 bulan sebelum
  • Mula menyenaraikan nama dan alamat pada kad undangan
  • Buat perancangan majlis bersama pengacara majlis agar ia berlansung dalam suasana tenteram
  • Mengatur tempat tinggal bagi saudara mara dan rakan terdekat yg datang dr jauh
  • Merencana bulan madu
  • Mengatur sesi pengambaran di studio
  • Membeli hadiah untuk mereka yang terlibat dan org tua
  • Memilih cincin
Tips : Bantuan dr ahli keluarga adalah amat diperlukan pada ketika ini. Mintalah bantuan mereka bagi meringankan kerja2 anda

1 bulan sebelum
  • Mulai mengirim kad undangan
  • Pastikan cincin anda dalam ukuran yg betul
  • Pastikan barang2 untuk hantaran anda sudah dibeli
  • Memastikan semua urusan persandingan dan kelengkapan perkahwinan sudah selesai diaturkan
Tips : Selalulah berhubung dengan penata majlis anda agar mereka tidak lupa tugas mereka terhadap anda. Sesetengah penata majlis sgt2 sibuk terutama di musim kenduri kahwin. Built good relationship with them. Good relationship sgt2 membantu anda terutamanya pada hari majlis berlangsung

2 minggu sebelum
  • Berikan tarikh sesi pengambaran kepada juru gambar
  • Memilih muzik
  • Mengirim undangan
  • Mencuba cincin dan pastikan ukuranya
  • Bertenang
Tips : Pada tahap ini debaran makin terasa. Cuba bertenang dan berilah ruang pada diri anda. Apa kata keluarlah melepak bersama rakan2 anda. Lupakan seketika kesibukan anda dlm membuat persiapan

1 minggu sebelum
  • Menyelesaikan semua urusan kerja dipejabat sebelum bercuti
  • Hindarkan konflik. Tenangkan hati
  • Istirihat yg mencukupi
  • Kunjungi spa
Tips : Waktu terbaik utk mengunjungi spa. AWAS bg yg berkulit sensitif. Hindarkan kaedah pemutihan kulit kerana takut kulit anda akan mengelupas dan menimbulkan masalah pd hari berlangsung nanti. Banyakkan berselawat dan berdoa, mohon majlis berjalan lancar dan diberikan kesihatan yg baik. Saat ini konflik sering terjadi diantara pasangan. Minimumkan pertemuan anda. Disamping itu boleh membuatkan anda berasa rindu padanya dan tidak sabar menunggu hari bahagia

Hari Perkahwinan
  • Pastikan anda rehat dan makan dengan secukupnya
  • Mandi sebersihnya agar anda segar
  • Senyum selalu
Tips : Hari bahagia anda telah pun tiba! Ini lah saatnya. Pasti anda mahu kelihatan berseri-seri. Seeloknya berinailah sehari sebelum hari perkahwinan. Berinai pada malam perkahwinan membuatkan badan bertambah letih dan muka menjadi sembab keesokkanya. Walau mcm mana cantik pun anda mekap mata yg letih sukar disembunyikan. Serahkan semua kerja2 perkahwinan pada ahli keluarga dan org2 yg anda tugaskan. Anda hanya perlu fikir andalah RATU SEHARI pd hari bahagia anda

+elyina+
 
the time between proposal and marriage. Design by Exotic Mommie. Illustraion By DaPino