Sunday, December 19, 2010

Kemalangan 17 Disember 2010

17 Disember 2010,Jam 7.15 pagi seorang insan terbaring diatas jalanraya yang penuh sesak dengan kenderaan yang ingin ke tempat kerja. Kemalangan ini berlaku dilebuhraya SKVE iaitu berhampiran SHELL yang baru dibuka sebelum UPM.
Insan ini telah melanggar sebuah lori yang katanya sedang mendaki bukit berkenaan dalam keadaan perlahan. Penunggang motosikal ini aku dapati lutut sebelah kanannya agak terkehel. Mungkin tempurungya telah tercabut dari acuannya, malahan melihat motor cupnya sahaja sudah cukup meyakinkan pelanggaran berkenaan agak kuat.
Mujurlah ada rakyat malaysia yang sudi menghulurkan bantuan membawanya ke hospital. Sedikit-sebanyak pengalaman membantu mangsa didalam kecemasan telah aku gunakan untuk membantu mengsa berkenaan bersama-sama bantuan beberapa rakan yang aku baru kenali ditempat kejadian. Terima kasih rakyat Malaysia...

Saturday, September 25, 2010

Echolink Troubleshooting

Ho so long time tak menulis lah..Hmm what topics today??
Ok echolink..
Actually I have tried Echolink many times and found there are several issues on it.
Here I will share the common problems facing by the ham users. The first one is the one when everything is on track especially there are no more issues on firewall or port forwarding then there will be another advanced issue normally facing by the users that run on linking or repeaters mode. Firewall issues and port forwarding already discussed in many blog such as by ki4kqd.Thx to you bro..very helpful..
Normally ham can hear the voice from the speaker from the PCs but when they used interface to connect to the PC using the echolink interface ham will not hear the voice through their radios. This very crucial for those run on sysop mode or linking. What is the function if you connect your radio to the pc via the interface but you only can hear it from the speaker of your PC. This make your linking not functioning to others since they also cannot hear anything even you put 100 feets antenna for your radio on your roof. Yg lucu they can hear your voice only but not on the other site..Here the way how to solve this problems.
First go to tools>sysop setting>Rx Ctrl. Make sure the Vox is enable.



Then go to TX Ctrl and setting like this



The next step is go to system setup>Audio.
Make your setting just like this.300Hz Tx High-Pass Filter.



Then another trick is go to tools>link setup wizard and follow the wizard step by step






And as for this leave it as it is.



Now I am sure you can hear the voice from your contact in Echolink over your radio and not more via your PC speaker.

But then I am sure the last but not least problems using echolink by the ham users is the cracking or not so clear..or kembang voice either from TX or Rx. Sometimes this kind of kembang audio will make most of them frust with Echolink.
So here the solution..very-very simple. Cuba jgn tak cuba...

Open your sound setting in your PCs and the set like what I have done. Put it very2 right to get very clear audio either for TX or RX. Its also depends on your sound card that maybe have different kind of setting. The rest setting do not mute at all..especially Mic have to setting at very2 high volume.



Ok Gud--Luck..untuk semua

Tuesday, April 13, 2010

Selamat Menduduki Exam RAE April 2010

Hm..salam semua. Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan RAE kepada semua calon-calon . Semoga berjaya.

Sunday, March 14, 2010

Sarawak..tunggu aku datang


Esok 13hb Mac 2010, aku akan ke bumi kenyalang. Sarawak!!
Kiranya lawatan pertama aku selepas bergelar manusia.
Atas urusan kerja selama 4 hari, namun akan ku usahakan mencari rakan2 disana,terutamanya di bumi kenyalang.
Cuma aku agak blurr..kat Kuching ni..Kalau ada kawan2 kat sana yang sudi bertemu alangkah..bagusnya. Boleh jugak aku perkenalkan Koperasi Kramat( lawatan promosi ler kiranya).

Friday, March 5, 2010

Yaesu dah sampai Malaysia!

Salam semua.
Khamis baru-baru ni 4 Februari saya telah dihubungi oleh pihak Yaesu yang mengatakan 3 model Yaesu telahpun sampai ke Malaysia. 3 model berkenaan adalah FT2900, FT7900 dan FT270 yang akan dihantar ke Kramat untuk diuji.
Mengikut perjanjian asal dengan Yaesu model-model berkenaan akan diserahkan kepada Koperasi Kramat untuk diuji sebelum dihantar ke SIRIM.
Walaupun kita semua telah menunggu sekian lama..beita lanjut clik sini ler..

Tuesday, February 23, 2010

Ayoh dan Mok

Ayahku yang masih kuat dan macho..

Mok yang walapun sakit tapi sempat mengejar cucu-cucunya..


Baru-baru ni nak jadi cite ayoh dan mok(ayah dan emak) datang berkunjung ke rumahku di puchong.Katanya nak cari ubat.. Mok dlm keadaan kurang sihat, agak lama jugak menderita sakit lutut yang tak boleh nak bengkok. Kiranya sembahyang pun kena duduk atas kerusi sebab susah nak bengkok masa tahiyyat, agak menyakitkan dan aku pun tak tahu apa puncanya ..mungkin salah urat.
Anyway try jugak mengurut, ikut skill sendiri, tp mungkin tak berapa cekap lagi. Hmm.. kemudiaan aku bawak ke klinik, dan Dr bagi ubat tahan sakit dan krim sapu. Mungkin try dulu, kalau tak ok baru ke hospital.
Tapi hospital last choice sebab mok tak nak pergi hospital..katanya hospital last pilihan dan selalunya ramai yg jadi lagi teruk lepas masuk hospital. Jadi mok meletakkan tanggapan hospital selalu tebuk sana, tebuk sini dan ramai Dr pelatih yang mencuba macam macam gaya..entahlah aku no komen, tapi agak sependapat dengannya.
Apa yg nak cite ni walapun ayoh dan mok aku dah masuk 69thn dan 74 tahun umurnya kalau tak silap aku..tetapi sikapnya dan telatahnya masih tak berubah...
Mok masih sibuk dengan sikap prihatinnya terhadap anak-anak..teguran-teguran dan bebelannya sama macam aku kecik dulu..kini singgah pula ke anak-anak aku..Kadang-kdang aku nak cakap "mok biarlah budak tu..dia org memang mcm tu berlari kesana sini"..tapi tak sampai hati pula...takut dia berasa hati. Org-org lama ni sensitip sangat hatinya, manakan tidak... kalau aku asyik main komputer dan FB misalannya pun dia rasa aku tak pedulikan dia.
Tersahut kecil dihatiku..apakah yg aku harus lakukan lagi untuk menemaninya dihari-hari tuanya itu. Aku perlu ambik hatinya selalu...Ya Allah beri aku kekuatan.
Kalau dulu aku tak pernah tanya dia ayat macam ini " Mok, ayoh tido ok ke?? Panas ke?? Kalau Tak cukup sejuk Adi tambah kipas"..Then dia org akan jawap " Tak adalah...biasa ajer..memang macam ni musim kemarau"
So itulah contoh mak dan ayah aku tak pernah meminta-minta, tak pernah claim lebih dari apa sepatutnya..dan aku cukup terharu.
Sepatutnya aku yang kena tanya lebih, apa kehendaknya..dah makan ke?? sedap ke makanan..Nak jalan-jalan ke?? Nak makan kat luar ke?? Nak picit lutut ke??

Ataupun " Mok sorrylah balik lambat sikit tadi..banyak kerja"

Atau " Ayoh, ada apa-apa nak beli ke?? kalau nak kirim adi belikan"

Mungkin org lain dah biasa dengan menda ni..tapi aku rasa aku masih belum cukup melakukan yang terbaik untuk kedua ibu dan ayahku..

Ya Allah beri aku kekuatan untuk membalas jasa orang tua ku, aku akan cuba sebaik mungkin tidak menyakitkan hatinya, aku akan cuba yang terbaik...

Mok dan Ayoh..semuga apa yang anakmu berikan ini hanya sekadar secebis kehebatanmu..malahan bukan tandingan pun dengan apa yang telah kau berdua taburkan kepadaku.

Monday, February 8, 2010

Putrajaya International Night Marathon







Lagi gambor

6 Feb 2010, lebih kurang jam 8 mlm seramai 8000 pelari marathon dari pelbagai negara telah menyertai Putrajaya Night Marathon. Larian sejauh 42 km ini benar-benar menguji keupayaan peserta dari pelbagai negara.

PRADAS telah diberi kepercayaan oleh pihak penganjur untuk menyediakan sistem komunikasi bagi acara berkenaan. Seramai 30 ahli PRADAS telah menyertai aktivit pada kali ini. Lebih 16 check point, 4 ambulans dan 3 mobile car telah dilengkapi dengan radio dan telah membantu acara berkenaan sehingga tamat pada jam sekitar 3 pagi.

Semoga pengalaman ini akan menjadi pendorong kepada peminat radio amatur yang lain agar dapat bersama-sama membantu masyarakat pada masa-masa yang diperlukan.

Tuesday, January 26, 2010

RAE RAE

Salam semua..RAE dah tiba lagi. Dengar ceritanya tahun ni akan bermula peperiksaan RAE sebanyak 4 kali dalam setahun. Memandangkan siri pertama RAE pada tahun ini adalah pada 14 April 2010 maka cerahlah harapan bahawa memang benar exam RAE sebanyak 4 kali setiap tahun yang akan bermula tahun ini.
Borang pun dah keluar..boleh click kat sini untuk download borang berkenaan.

Jadi rakan-rakan taulan semuanya marilah sama-sama yang masih belum mendapat lesen Kelas B(Nine Whiskee Tooo...) untuk mengambil exam pada kali ini. JANGAN LUPA TARIKH TUTUP ADALAH 12 FEBRUARI 2010.

Pada 14 April ini peperiksaan RAE hanya diadakan di Wilayah Tengah dan Utara sahaja..so pilihlah lokasi yang paling mudah untuk anda pergi...selamat berjaya...