Monday, October 16, 2006

Majlis BerBuka Puasa MARES (9M4RES)

Assalammualaikum dan salam sejahtera serta salam segala salam buat semua rakan-rakan Radio Amatur yang menjalur di 9W2MYV.blogspot.com ini.


Terlebih dahulu disini saya ingin mengambil kesempatan untuk menghulur sepuluh jari tangan memohon kemaafan atas salah dan silap saya selama ber ‘QSO’ di jaluran.


Tak lupa juga saya ingin merakamkan berbanyak-banyak ucapan jutaan terima kasih yang terhingga di atas kesudian dan kelapangan masa rakan-rakan untuk bersama-sama memeriahkan majlis berbuka puasa yang di anjurkan oleh Kelab MARES pada 14 Oktober yang lalu.


Kehadiran dan sedikit sumbangan rakan-rakan yang bersama pada majlis tersebut banyak meriahkan suasana dan ianya melambangkan perpaduan di kalangan ahli-ahli MARES secara keseluruhannya.


Walaupun begitu, kehadiran rakan-rakan yang bukan ahli juga amat mengalakkan.


9W2TKC adalah satu-satunya rakan bukan Islam yang menghadiri majlis tersebut.

Sekiranya terdapat rakan bukan Islam yang menghadiri majlis tersebut tetapi saya terlupa untuk menyebut call sign harap di maafkan.


Akhir kata, sekali lagi saya menyusun sepuluh jari tangan, andai kata terkasar bahasa terguris rasa, dari hujung rambut hingga hujung kaki serta dari hujung microphone hingga hujung antenna, salah dan silap harap di maafkan.


Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri 2006 / 1427 Hijrah.

Friday, October 06, 2006

Perubahan Frekunsi 9M4RES

Assalammualaikum dan salam sejahtera serta salam segala salam buat semua warga kerja MARES dan juga warga kerja Amatur Radio.
Di sini saya ingin memberitahu kepada semua bahawa frekunsi MARES 146.675 /- downlink, 144.950 /- uplink, 123.0 /- tone dan 0.600 /- shift telah bertukar ke 145.650. Frekunsi lama 9M4RKW. Tone dan Shift adalah sama.
Perubahan ini bagi mengelakkan “pertindihan” yang terdapat pada frekunsi 146.675.
Bagi mengelakkan sebarang percanggahan semasa ber QSO, Biro Repeater MARES yang di ketuai oleh Sdr. Mohammad Kamsol Warjan telah mengambil keputusan untuk menggunakan frekunsi lama MARES (145.650) sebagai langkah sementara sehingga masaalah pertindihan itu dapat di atasi.

Berita baik juga untuk semua terutamanya warga kerja MARES, kini linking dari Genting (9M4RES) telah pun beroperasi sehingga ke Bukit Sulai yang menggunakan frekunsi 147.875, Tone 123.0 dan Shift 0.600 dengan call sign 9M4RMP.

Kini semua warga kerja Amatur Radio bagi kawasan liputan Kuantan sehingga ke selatan Terengganu boleh ber QSO dengan frekunsi tersebut bersama warga kerja Amatur Radio kawasan Lembah Kelang.
Sebarang makluman lanjut, sila monitor 9M4RES bagi mendapatkan berita dan perkembangan yang terkini.

Sekian, harap maklum.

MARES


MARES atau Malaysian Amateur Radio Emergency Services adalah sebuah persatuan berdaftar yang banyak menjalan khidmat bantuan kecemasan melalui perhubungan komunikasi semasa bencana alam atau kecemasan.
MARES banyak membantu Jabatan-Jabatan Kerajaan serta Agensi yang berkaitan tentang bencana alam seperti Jabatan Pertahanan Awam, Bomba Dan Penyelamat semasa berlaku kecemasan dan bencana alam.
Semasa berlakunya bencana alam seperti Tsunami di Acheh, MARES banyak membantu seperti mendirikan buat sementara pusat bantuan perhubungan komunikasi radio. Ketika Tsunami berlaku, komunikasi seperti talipon tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Jadi dengan adanya perhubungan melalui radio amatur, segala bentuk perhubungan dan bantuan dapat di selaraskan.
Bagi yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana MARES dapat membantu, anda boleh melawat laman web MARES bagi mendapatkan maklumat. http://www.mares.org.my

Search Engine & Malaysian CallSign at MCMC