NUFFNANG Ads

Friday, January 29, 2010

Sandle bertulis KALIMAH ALLAH ??



Tidaklah diketahui perbuatan menulis kalimah ALLAH ini pada tapak sandle disengaja atau sebaliknya.

Bagaimana pun tempat kalimah itu dicetak memang ditempat yang stratigek tidak ada siapa yang mengetahui atau nampak kerana ianya ditulis di tapak sebelah bawah sandle.

Harapan kita agar pihak yang berkuasa mengambil tindakan segera menyiasat dan memberkas mereka yang terbabit dengan sengaja dan boleh mencutuskan keadaan yang tidak di ingini.

(Inilah model dan jenama sandle tersebut)

( Lihat kalimah ALLAH yang dicetak di sebelah bawah sandle berkenaan)


Rujukan:
http://natasha-e1.blogspot.com/

Tuesday, January 26, 2010

Inilah Wajah Penderhaka kpd Kerabat DiRaja Johor


Bukan saya tidak kasihankan Aduka Taruna ini, saya rasa sejak artikel dia menghina Sultan Johor itu, maka bagaikan HUKUM KARMA sudah jatuh ke atasnya. Saya merasakan beliau di dalam tekanan jiwa yang hebat, lebih hebat dari terkena badai tsunami. Namun apabila membaca beberapa lagi AYAT-AYAT INDAH" beliau yang turut menghina isteri RSAW, sahabat-sahabat RSAW dan ulamak-ulamak, maka saya merasakan memang ADIL beliau ditimpa musibah sedemikian rupa kerana melihat cara dan gaya beliau menulis dan menghina sungguh melampau batasan.

Yang pelik, blog beliau mempunyai ramai follower juga, dalam 200 lebih. Saya terfikir apakah follower blog beliau juga menyokong dan bersekongkol dengannya kerana mendiamkan diri sahaja malah bersama-sama menjadi penyokong blog yang suka menulis kutukan dan hinaan ke atas sesama muslim. Mentaliti apakah yang terhasil dalam masyarakat kita pada hari ini hingga tidak ada sedikitpun sensitiviti terhadap perkataan-perkataan yang sedemikian rupa.

Mari kita sama-sama nilaikan tulisan sang
ADUKA TARUNA yang terlampau ini.

Sebelum ini Aduka Taruna juga pernah menghina Ulama’-Ulama’ Mahzab dan juga Isteri Rasulullah saw Aisyah. Dalam tulisan beliau bertajuk ”Wahabi Perlis”, beliau menulis;

Pada gua, mazhab2 ni semua bangang nak mampos. Aku mazhab Shafie, ekau mazhab Hambali, dio mazhab Hadari. Kalau mak gua Shafie, gua kena Shafie. Kalau geografi gua Shafie, gua kena Shafie gak (Elin sorang jer Shafie Apdal). Kan ke ketetapan yang baling bongok dalam dunia.” dan;

Samo gak isu perang Muawwiyah-Aishah dgn Ali. Pada gua Aishah dan Muawwiyah manusia stupid dalam tajuk itu. Lu nak hukum gua kapir pun gua no hal punya. Memang 2-2 salah, tapi paling berat kat mangkuk 2 ekor tuh. Apa ingat Aishah isteri Nabi dia maksum. “

Dalam tulisan bertajuk “Sembang Mazhab” dia menulis;

“Takda maknanya, mak gua Shafie, gua kena Shafie sampai mampos. Sambung ke anak cucu. Ada bahan mentah yang suruh lu terikat dengan keturunan dan terikat dengan tafsiran 3rd party? Pada gua, ada banyak tafsiran Shafie yang mengarot, sebagaimana banyak lagi tafsiran mengarot dari mazhab lain. Kerana apa? Kerana kuasa mentafsir bahan mentah, Allah tak beri kepada hanya 4 ekor mazhab ni secara mutlak. Refresh beb… refresh sket.”

dan; “Muawiyah + Aishah plak.

Lagi 2 ekor mangkuk. 2 ekor mangkuk bukan pada ahli syurganya atau pertalian darah Nabi, tapi kepada tajuk. Isteri Nabi Nuh jatuh hukum bangang, tetap jatuh hukum bangang. Anak Nabi Nuh jatuh hukum bangsat, tetap jatuh hukum bangsat. Anak Nabi Adam jatuh hukum sohai, tetap tiada kompromi. Sohai sebab bunuh saudara sendiri.

Anak Nabi Muhammad SAW kalau mencuri, potong tangan dia. Seandainya dia bertaubat selepas itu, atau redha Allah lebih tinggi dari perbuatannya mencuri, dia tetap Allah masukkan dalam syurga.

Aishah penyebab kematian ratus ribu nyawa dan darah muslim, dia tetap jatuh hukum bangang nak mampos. Dalam tajuk itu.

Jumhur ulama menetapkan keduanya tidak salah. Tapi Ali menghampiri kebenaran.”

What the f**k? Berapa ramai mampos sebab kerja bodoh dikatakan tiada yang salah? Hanya kerana status elite Aishah? Hanya kerana dia kerabat diraja atau hanya kerana dia keturunan Syed? Islam itu Allah punya atau ulama punya? Niamakahai.”

Cuma satu komentar saya terhadap Aduka Taruna, dia memang BIADAP dan patut DIAJAR.

Rujukan:
http://buaya-merah.blogspot.com/

Sunday, January 24, 2010

Ghazali Shafie Meninggal



KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Bekas Menteri Dalam Negeri Tun Ghazali Shafie meninggal dunia di kediamannya di Subang Jaya di sini kira-kira 7.45 malam Ahad.

Kematian Ghazali, 88, disahkan oleh cucunya Farah ketika dihubungi.

Ghazali, dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang, meninggalkan dua orang anak lelaki Bachtiaer dan Sheriffudin.

Isteri beliau Toh Puan Khatijah Abdul Majid meninggal dunia pada April 2008.

-- BERNAMA

Saturday, January 23, 2010

Gara-Gara Papan Tanda


Apa dah jadi ni ?? ada jalan ke bawah tanah? jalan ke langit? satu tiang penuh dengan papan tanda letih ... letih


Papan tanda ini boleh kita pertikaikan kerana membenarkan lembu menggunakan jalanraya? bagaimana sekiranya ada kenderaan terlanggar lembu hingga merosakan kenderaan itu SIAPAKAH YANG BERTANGGUNGJAWAB?? PEMILIK KERETA? TUAN PUNYA LEMBU? GOMEN???


Benarkan segelinter masyarakat Malaysia sedegil ini ??


Papan tanda tidak perlu dipertikaikan kerana gajah-gajah amat jarang masuk ke jalanraya tetapi sekiranya ada pemandu yang berani silakan bergerak maju apabila kelihatan gajah melintas hehehee nak mati ke??

Tuesday, January 19, 2010

Akibah Salahguna Mangkok Tandas



Seorang wanita di sebuah negara mengambil jalan mudah apabila membuang air besar dengan menggunakan tandas mangkok.

Untuk mengelakkan daripada terkena percekan air dari dalam mangkok tersebut dia mengambil keputusan untuk bertenggek/bertenggung diatas mangkok tandas.

Agaknya tengah syok-syok anu ........ lantas mangkok itu pecah dan perempuan itu terkapit ditengah-tengah pecahan mangkok tandas hingga mencederakannya - lihat sahaja foto-foto yang dipaparkan kali ini moga dijadikan ikhtibar kita bersama.


Saturday, January 16, 2010

Sasar 1,000 peserta Seri Iskandar MTB Exploration 2010



TARIKH TUTUP PENYERTAAN
1HB FEB 2010

Untuk pendaftaran secara Kumpulan sila email kepada kami untuk mendapatkan Borang tersebut.
seriiskandarteam@gmail.com

Kepada yang mengunakan Borang "Hard Copy" sila fakskan Borang-Borang ke No. 05 365 4084

Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi Hot Line kami
Zaudi - 0128102250
Kamarul - 0175581676
Nasir - 0135202886
Najdi - 0195755080
Din - 0135288848
atau
email terus kepada seriiskandarteam@gmail.com
atau
Fax kepada 05 3654084
(Untuk Penguna Fax : Sila SMS Sahaja 0165052354 ( Sallehan@Admin@S/U) jika anda telah fax borang kepada kami.
## Sorry Sallehan@Admin/S/U Bertugas di Data Centre "NO line H/P"

Wednesday, January 13, 2010

GERHANA MATAHARI SEPARA JUMAAT INI



KUALA LUMPUR: Fenomena gerhana matahari separa dijangka berlaku Jumaat ini, bermula 3.01 petang sehingga 5.38 petang dengan fasa pertamanya berlaku pada 3.01 petang dan mencapai tahap gerhana maksimum jam 4.26 petang. Sempena fenomena itu, umat Islam digalakkan menunaikan solat sunat kusuf atau solat sunat gerhana matahari dan disertai dengan khutbah khas gerhana.

Semua dijemput hadir ke Masjid Jamek Kluang, mulai jam 3.30 petang esok untuk mendengar khutbah dan solat sunat gerhana.

Tuesday, January 12, 2010

Pengulang 9M4 RPK boleh dipantau ke seluruh dunia


Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan sejambak bunga kepada Pertubuhan Penyiar Radio Amatur Perak (Parts) yang telah berjaya mempertingkat selangkah lagi kejayaan pada tahun 2010 ini.

Kejayaan yang mengagumkan itu mengekspostasikan audio dari Pengulang 9M4RPK kedalam laman web rasmi Parts dan boleh diakses keseluruh dunia.

Dengan kejayaan itu membanggakan bukan sahaja kepada ahli-ahli Parts malah seluruh anggota RA di negeri Perak.= TAHNIAH.

Klik untuk ke website Parts

http://www.parts.org.my/joomla/

Sunday, January 10, 2010

Jadual Ahad 2 dalam 1

(duduk sebelah kiri sekali yang melangsungkan pertunangan hari ini)


Hari ini saya dapat melakukan 2 aktibiti dalam 1 masa sebagai mengisi jadual sepanjang hari Ahad ini.

Jadual saya ke Ipoh pagi ini memenuhi jemputan majlis pertunangan anak saudara saya di Taman Miru, Jelapang dalam masa yang sama juga saya dapat bertemu dengan rakan-rakan RA di wakaf Parts kira-kira jam 11.30.

(barangan hantaran pada majlis tersebut)

Semasa di wakaf Parts itu, saya sempat menemui 9M2SLJ, 9W2 HLJ dan 9W2 AEK sambil itu saya disajikan dengan jamuan ringan mungkin rakan-rakan yang lain sebuk dengan tugasan masing-masing.

( foto di Wakaf Patrs)

Saturday, January 9, 2010

Tun Fatimah Hashim Meninggal Dunia




KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Wanita pertama yang dilantik menganggotai jemaah menteri Malaysia, Tun Dr Fatimah Hashim, 85, meninggal dunia di rumahnya pada 11.35 malam hari Sabtu kerana sakit tua.

Anak beliau, Abdul Karim Abdul Kadir berkata jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Zuhur pada Ahad di Masjid Negara iaitu bersebelahan pusara suaminya, Tan Sri Abdul Kadir Yusoff iaitu bekas Peguam Negara dan Menteri Undang-Undang.

"Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Masjid Negara selepas menerima kebenaran daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada Bernama.

Allahyarham meninggalkan 6 anak.

Allahyarham dilahirkan di Kampung Parit Kurma, Muar, Johor pada 25 Dis 1924 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Perempuan Mersing, Johor sebelum memulakan kerjaya sebagai guru.

Allahyarham Fatimah yang dilantik sebagai Menteri Kebajikan pada 20 Mei 1969 hingga 1 Mac 1973, memasuki arena politik pada 1947 dan pernah memegang jawatan Ketua Pergerakan Kaum Ibu Umno yang kini dikenali sebagai Wanita Umno pada 11 Sept 1956 hingga Jun 1972.

Allahyarham juga pernah menyandang jawatan naib presiden Umno sebanyak tiga penggal mulai 1963 hingga 1967.

Pada 19 Ogos tahun lepas, Allahyarham dipilih sebagai seorang daripada empat rakyat Malaysia yang terkemuka dan cemerlang untuk menerima Anugerah Merdeka bagi kategori Pendidikan dan Komuniti.

-- BERNAMA

Thursday, January 7, 2010

Kenderaan Antik

Minggu awal tahun 2010 ini saya paparkan kenderaan pengangkutan awam yang dikatogeri sebagai antik mengisi senyum-senyum hujung minggu kali ini.

Semua kenderaan ini sebagai teksi membawa pengunjung menjelajah di sebuat bandar dengan hiasan buluh yang dianyam menjadikan kelihatan menarik.

(hiasan di sebelah dalam kenderaan tersebut)

(Penumpang sudah siap sedia untuk bergerak dengan kenderaan antik itu)

(menunggu ketibaan pengunjung atau pelancong)


(Mengkuang juga turut mewarnai kenderaan yang seumpamanya)

Pengiklanan