Alhamdulillah...perjalanan ke Kangar kelmarin selamat pergi dan balik....perjalanan mesyuarat pun lancar dan selamat berakhir dengan pelantikan barisan kepimpinan yang baru. Apapun diharapakan tugasan sukerela ini dapat dipikul dengan penuh tanggungjawab sebagai satu amanah.
Bermula dari pulau menuju ke 'check point' pertama di Masjid Seberang Jaya seawal jam 6.30 pagi lagi. Perjalanan awal bermula dengan sebuah 'jalopy' bersama 9W2SPG, 9W2SNM, 9W2BZI dan SWAL-nizam. Tiba di perkarangan Masjid Seberang Jaya, sedia menunggu 9W2PTO dan 9W2VIG.
Perjalanan diteruskan menuju ke Plaza Tol Sg. Dua untuk bertemu 9W2ADN dan 9M2MNY sementara menunggu konvoi bergerak bersama-sama. Selang beberapa ketika tiba pula sebuah 'jalopy' lagi yang membawa 9W2DHL, 9W2SOB, 9W2FZ, 9W2ZPC. Konvoi 4 buah 'jalopy' terus menuju utara dan bertemu 2 buah lagi 'jalopy' di Sungai Petani iaitu 9W2MNA dan 9W2EZE.
Berhenti seketika di kawasan Rehat&Rawat Gurun kerana 'jalopy' 9W2MNA mengalami sedikit masalah setelah memecut laju. Di sini bertemu pula sebuah 'jalopy' lagi dari lokalan Sungai Petani 9W2ANL. Kesempatan ini juga diambil untuk mengalas perut sebelum meneruskan perjalanan ke Kangar.
Tiba di Kangar pada jam 10.00 pagi...begitu jauh perjalanan.. terus membuat pendaftaran dan menyertai mesyuarat. Setelah tamat AGM ada antara rakan meneruskan perjalanan ke Padang Besar sementara kami 5 stesen (9W2BZI,9W2SPG,9W2SNM,9W2ZPC,SWAL-nizam) meneruskan perjalanan pulang ke Pulau Pinang. Sebelum itu singgah sebentar melawat 'oscar tango' Nizam dan singgah di 'base station' 9M2GET. Banyak pengetahuan berkaitan radio amatur dipelajari disini sambil diberi peluang 'operate' di HF tetapi rakan-rakan agak "malu-malu" pula.
Semoga dengan barisan kepimpinan baru ini akan dapat memacu persatuan khususnya ASTRA ke arah yang lebih mantap di masa akan datang. Tahniah dan syabas lagi sekali kepada barisan kepimpinan ASTRA 2011-2013. Terima kasih juga kepada semua rakan yang hadir bagi menjayakan AGM ke 14 kali ini dan tak lupa juga rakan V34 yang memberi sokongan untuk bersama-sama berkonvoi ke Kangar.
Lagi gambar-gambar menarik...KLIK DI SINI
Sehingga bertemu lagi.....QRU.....73