Anda pelawat yang ke

Followers

LOCAL TIME GMT +8

Monday, May 3, 2010

Adakah anda mengenali mereka-mereka ini

Adakah anda mengenali mereka-mereka ini,saya secara tidak sengaja telah menjumpainya

di http://ww.mydarc.de/dk8jb/callbook.htm
Antara di antara mereka yang telah meninggal dunia/silent key,berdasarkan maklumat di bawah
saya andaikan data yang diambil mungkin sekitar 2006 kerana,nama 9M2GL/arwah Hj Idris
tiada dalam callbook tersebut,paling lewat pun sebelum mendiang 9M2LN (Liew) juga silent key
sehingga kini ramai yang tersenarai masih belum saya kenali/eyeball/QSO.




9M2AAA HITHAYATULLA S/O M. MOHD ALI *Ex 9W2HM

9M2AB R.S.GURCHARAN SINGH
9M2ABC AHMAD HASNI B MOHAMED JALILAH
9M2AC JIRO SAITO
9M2AE YOSHIO OKAMOTO (M-SMM)
9M2AF AZLAN BIN ABU BAKAR
9M2AGC AHMAD AZLAN BIN AB AZIZ
9M2AJ GOH KIM LAN
9M2AKI AKIHARU MARUYAMA
9M2AL ALLAN OOI EWE CHYE
9M2ALL HARIS FADZILLAH BIN HASSAN
9M2AM ANUAR MUSHADDAD BIN BADARUDDIN                                                     
9M2AOC ALEXANDER OON CHIN KEONG

9M2AR ABDUL RAHMAN ABDUL RAOF
9M2ARI AHMAD ROZAINEE B MOHAMED ISA
9M2ARR ABDUL RAHIM BIN ABDUL RAUB
9M2ARS ABD RAHMAN SIVA BIN ABDULLAH

9M2AS AZIZAN BIN AHMAD

9M2ASA AHMAD SABIRIN ARSHAD
9M2AT AZELAN BIN TALIB
9M2AU ABDUL AZIZ MOHD NOOR
9M2AX ETSUO TANAKA
9M2AZ AZIZ BIN HUSSIN
9M2AZZ AZHAR BIN HITAM

9M2BA AZMI BIN ABDULLAH
9M2BBB TAKUMI SUGA
9M2BD MOHAMED AMIR B. NGADENAN
9M2BF LEE MUN WOH
9M2BH LIM PHANG CHOO @ LIM AH HAI
9M2BL ABDUL GHANI BIN ABAS
9M2BP HO LAI CHEE
9M2BR MAHAMAD BIN ABDUL RAHMAN
9M2BT LEE CHEE HIN
9M2BVC MOHD KAMAL BIN JAAFAR
9M2BW BURHANUDIN BIN WAHI
9M2BZ SHINICHIRO TSURUOKA
9M2CCO DR CHOW CHEE ONN
9M2CE MOHD NOOR BIN PUTEH
9M2CF CHOW WAI CHEONG
9M2CIO AZUDDIN BIN AB RAHMAN
9M2CJ THIAM CHEE MING
9M2CL CHEE LYE SENG

9M2CM LIM CHENG MIN
9M2CN MARTIN MENDIS
9M2CNC RICHARD HENRI OWEN EVERITT
9M2CNN LIM HOCK CHUAN

9M2CO OOI CHEONG BAN

9M2CP LEOW CHOO PHIN juga punyai callsign S'pore 9V1CP
9M2CPU INTEL TECHNOLOGY SDN BHD (CS MALAYSIA DEPARTMENT)
9M2CS CHARLES VIVIAN SYMONS
9M2CW CHIN PAK KOOI
9M2CZ ISMAIL BIN CHEMBENG

9M2CZ ISMAIL BIN CHEMBENG

9M2DA DEN BIN ATAN

9M2DF DAVID JOHN WILKINS

9M2DG LIM SENG KEAT

9M2DH KOW SEE FOOK antara 9M terawal membuat ujian di 10m bersama saya semasa 9W dulu.

9M2DI MOHAMMED DANIAL B RAMLI

9M2DR KANAGALINGAM A/L T. KASIPPILLAI

9M2DS ABDULLAH BIN ABDUL SAMAD-silent key

9M2DT DATO' TAN HUA TONG

9M2DU MAIDIN BIN MD DAN

9M2DX AHMAD FAIZAL BIN MOHD.ZAIN

9M2DY MUNIANDY S/O NARAYANAN

9M2EC LEE SIEW MEI

9M2EEZ NORIZAT BIN CHE MAT

9M2EO OH BOON PENG

9M2EU SUSUMU ITO

9M2EW SHAHRIZAL SULAIMAN

9M2FB IAN BUFFHAM

9M2FF MOHAMED YUSOFF BIN MOHAMED

9M2FI THAM YEN THIM

9M2FK ISMAIL RAZAK-Pak Eshee

9M2FL CHEN KOK HOON

9M2FO CHAN KAM WENG

9M2FOX ZULKIFLE BIN CHE ABDULLAH

9M2FX KAMAL TAN BIN TAN-Pernah test 5W di 40m

9M2GA DR LEE LAI HUNG

9M2GCN KIYOHIRO YUGE

9M2GG KATSUYA TAKAOKA

9M2GJ LOCKMAN BIN RADEN SALLEH

9M2GOH GOH KHENG LIANG

9M2GR GANESARETHINAM A/L S KANARATNAM

9M2GS GURDIAL SINGH A/L TARA SINGH

9M2HA ABDUL RAHIM BIN HAMZAH

9M2HC CHOO CHEE YUN

9M2HF ABD.HALIM BIN MD.ARIFF

9M2HH HISHAM BIN MUSTAFFA

9M2HHY HARIZAN BIN YACOB

9M2HJ HAJI MUHAMAD SALLEH BIN ABDUL HAMID

9M2HM MICHAL ONG

9M2HN HASSAN BIN MAT NOOR

9M2HS SALLEH BIN HAMZAH

9M2HZ HAMZAH BIN BUROK

9M2IC DR IAN CHIN KIE CHENG

9M2IDJ MASAHIRO OTAKARA

9M2IR MOHD ARIS BIN BERNAWI

9M2IY IKURO YOSHIOKA

9M2JA CHEN KING TONG

9M2JD JITENDER DEV SEHGAL

9M2JE YEE HIN

9M2JI1ETU MASARU FUNAKUBO

9M2JKL AMATEUR RADIO CLUB THE JAPAN CLUB OF KL-antara aktif dalam cw

9M2JO DATO JOHAN ARIFF BIN ABDULLAH ARIFF

9M2JP ABDUL JAMEL BIN HJ PAWANTEH

9M2JR YONG PEK LIONG

9M2KAR ARIFFIN ABDUL RASHID

9M2KD LOONG KOK CHOONG

9M2KE SHUN'ICHI KAWANO

9M2KK CHAN FOOK CHOY

9M2KL CHEW KEK LEE

9M2KM ABDUL KHALID BIN KARIM

9M2KMA DR KHAIRUDIN BIN MOHD ALI

9M2KN KANWAL NAIN SINGH

9M2KT PHOA KIA TECK

9M2KW HOOI KWEE WENG

9M2KX KAMSANI BIN KAMBARI

9M2KY KEAH SAY WAN

9M2LAW LAW POH CHEOK

9M2LB LAU BOON HAI

9M2LC LIM KEAN CHUAN

9M2LF LEE FOOK SENG

9M2LIM FRANCIS LIM TIN SENG

9M2LK LOW KOK WAH

9M2LL MD.BASRI BIN WAGIMEN

9M2LLL FESAL BIN MAHPOP

9M2LM LAM MOW SUM

9M2LN LIEW CHEE NYA-silent key adik kepada 9M2CP,abang kepada 9M2SW

9M2LR LYE KOW KNIAH-Richard Lai

9M2LS CHOO LUM SENG

9M2LW LIM WAI MENG

9M2LX LAU BOON SHU

9M2LY LOOI CHUI HOON

9M2LZ TAN LOO LOON

9M2MA MANIAM A/L MUNIANDY

9M2MAZ MAZLAN BINTI OTHMAN

9M2MB SUBRAMANIAM A/L KOLIMDAPAN

9M2MCS ASTRONAUTIC TECHNOLOGY (M) SDN BHD

9M2MD MOHAN ARASU

9M2MDS MUSTAFA DIN BIN SUBARI

9M2ME MOHD.NASIR BIN MOHD.ALI

9M2MGL AZMAN BIN ALI

9M2MH AU MUN HENG

9M2MK THAM KWOK MENG

9M2MKW MOHAMAD KAMSOL BIN WARJAN

9M2MM MOHD.KHALID BIN HJ.MOHD.YUSOF

9M2MMM MIOR ARIFFEN BIN ADNAN

9M2MNH MOHD NOOR BIN HASSAN

9M2MNY MOHD NORDIN YUSUF @ MOHD SALLEH BIN ISMAIL

9M2MO MOHAMAD ANUAR NORDIN

9M2MRC MALAYSIAN AMATEUR RADIO TRANSMITTERS SOCIETY

9M2MRL MOHD NOOR BIN ABDUL AZIZ

9M2MRS RICHARD WILLEM LEO SMEETS

9M2MT AZMAN SHAH BIN ISMAIL

9M2MV ARIAMALAR PONNUTHURAI

9M2MW MALCOLM WESTWOOD

9M2MY SHAMSUL BAHRI B ABU BAKAR

9M2MZ MARZUKI BIN SAAD

9M2NA NOR AZHAR BIN HASSAN

9M2NAZ NAZALI BIN KHALID

9M2NC C. KASINATHAN

9M2NCL ANDRE NG CHEE LEONG

9M2NGK DR NAFIZAH GORIMAN KHAN

9M2NK SATOSHI NAKAMURA

9M2NL MUHAMMAD NASIR ISMAIL

9M2NM NORDIN BIN ABU MANGSOR

9M2NNL NASIRUDDIN BIN SAAD

9M2NNM NURAZAH NONI @ NURAZAH BINTI MOON

9M2NO AHMAD NAZLI BIN OTHMAN

9M2NP NARAYANAN PILLAI

9M2NQ EWE TOONG WOOI

9M2NR NARAYANA MOORTHY A/L M. SATTAYAPPAN

9M2NZ MOHD RASHID BIN A.GANI

9M2OC ONG CHEN-YI

9M2OK OTHMAN BIN ISMAIL

9M2ON ONG YEN LEONG

9M2PA KOH LAY SUAN

9M2PBP PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH BALIK PULAU

9M2PD HARICHANDRA A/L CHELLIAH

9M2PDX SHINICHI SUZUKI

9M2PEN SOON JUN SHENG

9M2PIC POLITEKNIK UNGKU OMAR

9M2PN P.NADESAN

9M2PPM PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

9M2PS PETER STOLLER

9M2PW HOR POH WAH

9M2PX YEOH KIAT HIN

9M2PZ ABDUL MANAN BIN PAWANTEH-Ex callsign 9M2MP

9M2QQ HANS-HEINRICH EHLERS

9M2RA MOOK AH TAW @ MOOK HON THO

9M2RB MOHD RUSLI B MOHD YUSOF

9M2RD ABDUL RAHMAN BIN IBRAHIM

9M2RF RAMACHANDRAN A/L ARUMUGAM

9M2RI RAJA ISKANDAR BIN RAJA MOHD ZAHID

9M2RJ V.RAJAMANI

9M2RL RAHIM MANAP

9M2RN RAJANTHREN A/L DORAIRAJ

9M2ROS MOHD ROOSMADI BIN IBRAHIM

9M2RR ABD RAHIM BIN ABD RAHMAN

9M2RRR DR. RAHMAN BIN MD SAIL

9M2RS ABDUL RASHID MOHD SULTAN

9M2RT AHMAD RAZIF RAMLI

9M2RU RUZLAN BIN ZABIDI

9M2RZ AHTI JOHANNES AINTILA

9M2RZL MOHAMAD RIZAL BIN MOHD SAID

9M2RZZ RAJA ZAINAL ABIDIN BIN ZAHID

9M2SB ABDUL BAHAR ABDUL SAMAD@Sugar Breaker

9M2SC STEVEN CHOONG CHOW PIN

9M2SF LEE SEE FUNG-First tengok ham main cw

9M2SH TAN KENG MONG

9M2SIX CHE ADNAN BIN CHE KADIR

9M2SK CLINSTON TAN KOK HOE

9M2SMS TEE JENN JUAN

9M2SN G.SELVAKUMARAN

9M2SO SHAFIEE BIN OMAR

9M2SP SAMNAS A/L PICHAI

9M2SQ SURESH N. KANNAN

9M2SQL ABDUL MUTALIB BIN OMAR

9M2SR ZAINUL ABIDIN BIN RAMLI

9M2SS SANGAT SINGH

9M2SSS SARAVANAN SAMINATHAN

9M2ST STEVAN TAN KIAN LIP

9M2SU MAJER SUFAIN BIN AHMAD

9M2SW LIEW SHEE WAN-Adik 9M2CP

9M2SX SAITOH BIN SALAM

9M2SY ABDUL SSUKUR BIN HAJI AHMAD

9M2SZ SHAHARUDIN BIN ALI

9M2TAH TENGKU AHMAD HAFIZI B. TENGKU HASSAN

9M2TH TOH SWEE HOE

9M2TJO Y.B.M.TUNKU ABDUL JALIL IBNI TUNKU OSMAN

9M2TK KIGUCHI TAKAO

9M2TMC VERHEUL, ADRIANUS

9M2TO TERUTSUGU IZUMO-Ham yang aktif dalam cw,pernah jumpa callsignnya

dalam majalah PW pertengahan tahun 90an.

9M2TS TEO SOI HIONG

9M2TW CHANDRAN A/L KRISHNAN

9M2TY CHOY TEIK YUEN

9M2UKM MAKMAL TELEKOMUNIKASI

9M2UP UPKAR KAUR

9M2USA JACK W. KARY

9M2UTC AHMAD ROSLAN BIN HAIRUDIN

9M2VC VIJAYA CHANDRAN A/L G. KALIDASAN

9M2VF MUI SIEW KAI

9M2VJ VIJAYA KUMAR C RAJARATNAM

9M2VZ MOEY SIEW LOON

9M2WG WONG POH HING

9M2WH CHEONG KWOK WAH

9M2WJ WAN JOHARI WAN OSMAN

9M2WK CHOY WENG TUCK

9M2WM PATRICK WILLIE MEOW

9M2WP THONG GAN WOH

9M2WPC WONG POH CHAN

9M2WRH WAN ROZ BIN WAN HUSSEIN

9M2WS LEONG YIN THYE

9M2WT TAN CHAI KWAY

9M2WW HUM SEE BENG

9M2WZI KENJI ARAI

9M2XA KODAMA SHINICHI

9M2YA HO PHAG FONG

9M2YB CHAM HENG LEE

9M2YC CHONG YIN CHEE

9M2YD MAHYUDIN BIN MOHD AMIN

9M2YE LAW KONG YIN

9M2YL SHIRLEY TAN

9M2YMC YMCA AMATEUR RADIO CLUB

9M2YP YEE KOK CHEONG

9M2YR HARON BIN ABDUL RAHMAN

9M2YT TAN SIM CHAI

9M2YW LIM BENG TEIK @ LIM BENG HUAT

9M2YX JASON CHAM TOON FOOK

9M2YYY CHENG KOK MENG

9M2YZ ADRIAN CHAM TOON SENG

9M2ZB ZALMI BIN BUSU

9M2ZC ZAKARIA DAHILI

9M2ZD BOO BALAN S/O JOHN SMITH

9M2ZI AZIZI BIN A. HADI

9M2ZIP AB AZIZ BIN ARIFFIN

9M2ZM ZULKIFLI BIN HASHIM

9M2ZN MAZWAN BIN ABDUL MANNAN

9M2ZNL MOHAMMAD ZAINURLAH NORDIN

9M2ZNM ZAKRAN BIN ABDUL MANAN

9M2ZZ KANWALJEET SINGH A/L JASWANT SINGH

Tuesday, April 27, 2010

Terkenang Dua Minggu Yang Lalu

Assalamualaikum dan salam sejahteran,terima kasih kerana menanti dan ternanti posting terbaru daripada saya. sejak pulang daripada Cyberjaya agak kurang bahan untuk entry maka elok saya menggunakan kesempatan ini rehatkan fikiran,pengoperasian saya di hf bermula kembali,sesekali membuat pematauan di 10m namun jarang kedengaran stesen yang memanggil CQ,mungkin masa saya tak match dengan rakan-rakan atau band masih belum membuka sepenuhnya.

Hari-hari yang berlalu tiada sebarang idea yang dapat saya penuhi entry selepas pulang dari bercuti,ntah macam bad mood aja...Seminggu sebelum pergi KL ada sekali call pak saudara dengar khabarnya sakit ada beritahu beliau nak ke KL nak pergi ambil mak yang ada dekat rumah adik,saya cakap lagi mak pun tak sihat kena ghout ,masa call beliau cakap KL dengan Mentakab bukan jauh mana,saya cakap balik inysaallah satu masa nanti saya akan sampai....Hinggalah 12hb saya dikejutkan dengan panggilan daripada mak sedara yang menetap di Mentakab Pahang,saya dimaklumkan keadaan bapa saudara dalam keadaan kritikal,khabarnya sekarang berada di hospital Temerloh,saya pada ketika itu dalam perjalanan
pulang daripada Bagan Serai,saya dan emak flash back 4 tahun sudah di mana ketika Pak njang saya menghembuskan nafas terakhirnya di hospital besar Kuala Lumpur,kata emak pak njang namanya Ramlee arwah atuk letak nama bersempena arwah pak njang

Arwah pak njang lahir pada hari Rabu,Pak ndak pula Shafie lahir pada hari selasa,kata mak lagi orang dulu-dulu  suka letak nama anak mengikut hari,contohnya macam Halim(Hamis atau Khamis),Samad(Sabtu)Jamilah,Jaharah,Jamaliah(Jumaat)
dan orang tua-tua dulu suka sangat tanam pokok kelapa mempelam dan bemacam pokok untuk memperingati usia anak-anak mereka, emak pernah bagitau usia pokok macang yang tepi jalan dekat rumah atuk tu..sama usia arwah panjang,begitu juga pokok-pokok yang lain.Berceita mengenai kematian kata mak lagi kita kebanyakkan orang mati pada hari kita dilahirkan atau hari dimana pusat kita gugur, sebagai hamba yang kerdil memang kita sendiri tidak mengetahui bila kita akan mati,jenerasi lama mempunyai congakan tersendiri saat-saat akhir ketika seseorang itu dalam keadaan kritikal,wallahualambisawap yang pasti segala-galanya sudah tertulis.


Maka perancangan diatur untuk mengumpulkan sedara terdekat untuk pergi ke sana,atas pertolongan 9M2RZL saya mendapatkan nombor 55 RZL Temerloh,sebaik menghubungi beliau agak terkejut apabila ditanya bila saya hendak ke sana,saya maklumkan yang saya perlu segera ke sana atas urusan keluarga.9M2RZL dah maklumkan kepada beliau yang saya akan ke sana,saya mohon pertolongan beliau untuk mendapatkan maklumat status terkini bapa sedara saya yang ditempatkan di sana.



Saya dan emak beserta 2 lagi adiknya berangkat ke Pahang,pada awalnya kami plan untuk singgah di kuala Lumpur namun  
selepas mendapat panggilan daripada sepupu yang menyatakan keadaan Pak ndak dah kritikal yang dengup jantungnya terhenti 3 minit
kami meneruskan perjalanan terus ke Pahang,saya tak perasan yang Rizal Temerloh ada menelefon saya untuk memaklumkan sesuatu nak telefon balik pun agak lewat mungkin dah tidur agaknya,sepupu saya yang berada di kuala Lumpur maklumkan akan menunggu kami di lebuh raya karak,saya memang tak mahir dengan jalan ke sana,jam 2.10 pagi selepas memasuki plaza tol karak kami menerima panggilan daripada 
anak beliau yang memaklumkan yang Pak Ndak dah tiada,suasana sedih menyelubungi kami seketika.....

Sememangnya Pak Ndak tiada punyai saudara terdekat tinggal berdekatan,paling hampir pun mak long yang tinggal di felda lepar itu pun memerlukan
perjalanan sekitar 2 jam untuk sampai.Nak jadikan cerita semua ahli keluarga berada di hospital,jiran-jiran dekat taman tak menyangka bahawa
arwah akan mengehembuskan nafas terakhirnya di hospital Temerloh,kami yang dalam perjalanan menasihati mereka supaya jangan biarkan jenazah arwah dimasukkan ke rumah mayat nanti khabarnya susah untuk urusan mengeluarkannya,mungkin mereka 4 beranak dah buntu fikiran agaknya untuk menunggu kami yang memerlukan 2 jam lebih perjalanan untuk sampai,takkan jenazah arwah dibiarkan 2 jam semata-mata untuk menanti kehadiran kami...pokok pangkalnya di sini Temerloh dan Mentakab kurang lebih 17km,siapa yang akan pulang seawal jam 2 pagi untuk memaklumkan kepada penghuni-penghuni taman akan kematian yang agak baru ini,siapa yang perlu menyelenggara keadaan rumah untuk membawa jenazah balik itulah pertanyaan kami yang mengharungi lebuhraya karak dalam keadaan hujan yang agak lebat.



Kami meneruskan perjalanan terus ke hospital sebaik sahaja memasuki pekan Temerloh kami diarah supaya berpatah balik ke Mentakab, sangkaan jenazah arwah telah dibawa pulang namun sebaliknya,kami faham sekiranya perkara begini terjadi kepada sesiapa sahaja yang tak punyai saudara terdekat sememangnya akan berlaku konflik.Dalam keadaan yang agak letih agak sukar untuk mengecam jalan ke rumah
arwah,namun kami bernasib baik kerana anak arwah yang sulung telah tiba dengan jiran membawa kami ke rumah arwah di Taman Saga Indah.

Kami dimaklumkan oleh isteri arwah mereka memang dah buntu fikiran kerana seawal jam 2 pagi mana mungkin untuk mereka menguruskan jenazah pak ndak. Esok pagi saya maklumkan kepada saudara Rizal yang kami sekeluarga akan menuntut jenazah,saya agak terkejut kerana berita tersebut
telah disampaikan kepada rakan-rakan ham Temerloh yang berdekatan,turut hadir adalah 9W2TLA,9W2MHR,9W2KBM,9W2CPR dan saya dimaklumkan oleh saudara Rizal bahawa terdapat seorang doktor pakar juga ham di sini.Walaupun eyeball hanya seketika saya mengucapkan
jutaan terima kasih kepada mereka semua terutama Rizal yang mempercepatkan urusan van jenazah serta membayar kosnya sekali


Rizal Bakal 9M2



Kepada rakan-rakan yang sempat menyembahyangkan jenazah berbanyak-banyak terima kasih,keakraban antara rakan ham yang hadir
mengundang pertanyaan daripada kaum keluarga saya,bagaimana saya boleh kenal mereka dan begitu akrab walaupun pertama kalinya bertemu,inilah yang istimewanya dengan hobi ham radio,kepada Rizal yang tak sempat beramah mesra mungkin jodoh kita untuk bertemu di tempat anda.Selesai jenazah dikapan dan disembahyangkan ianya dibawa balik ke rumah untuk pengormatan terakhir oleh jiran tertangga
dan sekali lagi dibawa ke Masjid untuk disembahyangkan dan langsung dikebumikan.



Arwah meninggalkan seorang balu beserta empat orang anak,yang sulung masih mencari pekerjaan,yang ke2 masih melanjutkan degree lagi setahun lebih di Uitm Shah Alam,yang ke3 bersekolah dalam tingkatan 3 dan yang bongsu masih dalam tahun 4,saya berpesan kepada beliau supaya setiap hari dalam solat doakan untuk ayahnda beliau bacakan yassin bila kerinduan membuak dihati,sebelum arwah pergi beliau banyak menceritakan perihal kematian dan soal jawab Nungkar dan Nangkir,kematian arwah adalah berpunca daripada jangkitan kuman di dalam darah disamping penyakit kencing manis yang terlampau tingi ,arwah memang takut sangat nak ke hospital apatah lagi bila mengenangkan arwah atuk,nenek dan arwah abang yang menghembuskan nafas terakhir di hospital,nasib yang sama terjadi kepada arwah,dalam kehidupan kita jodoh pertemuan dan ajal kita sendiri tak mengetahuinya,satu kisah benar yang pernah berlaku apabila allahyarhamah nenek kepada adik ipar saya tetiba rasa sakit meminta anaknya membaca surah yassin dan akhirnya meninggal,begitu mudah sesorang itu pergi....saat arwah atuk perempuan saya meninggal adik ipar mengandungkan anaknya yang sulung,saat bapa mertua saya meninggal isteri saya baru melahirkan anak ke3,saat bapa saya meninggal isteri saya mengandung yang ke2,bila kita lihat sekeliling patah tumbuh hilang berganti......namun mungkin perkara yang terjadi kepada sesorang hanya satu kebetulan sahaja...bagaimana dengan anda????


Alfatihah untuk arwah semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Saturday, March 27, 2010

CINTA DAN SAYANG SATU SAJA.....



                                                                                                                                                                       TIDAK semua akan dapat dan tidak semua perkara yang kita lakukan itu akan diberikan sokongan penuh oleh mereka yang hampir dengan kita, jika ianya melibatkan kerjaya tentu sekali tidak akan dipersoalkan tetepi hobi sebagai pengisi di masa terluang juga memerlukan budget yang yang berpatutan dan adakalanya lebih dari apa yang termampu oleh kita,untuk itu alangkah bagusnya memerlukan budget yang yang berpatutan dan adakalanya lebih dari apa yang termampu oleh kita,jika XYL atau YL memahami situasi sebegini,setidak-tidaknya sama-sama berkongsi duit untuk mengadakan setup stesen yang mantap,rakan saya di utara bertuah badan kerana punyai XYL yang punyai minat yang sama lagi mendalam.
Nak upgrade radio dapat, nak upgrade antenna dapatttt,nak pasang hf mobile dapatttt.....bak kata apa sahaja yang diperhajatkan semuanya sehingga kini semuanya dapat. cuma satu jangan minta nak tambah cawangan aja....hehehhehehe...Semasa di Cyberjaya kedua-dua pasangan ni dah tengok rig yang berharga sekitar Rm70-80K,saya ada cakap dekat mereka belilah dua-dua kerja goverment buat loan sorang Rm35K dan beli hehehehe....



Pada posting yang lalu ada dikisahkan seorang rakan ham veteran beli rig dan sembunyikan daripada pengetahuan XYLnya namun sebagai orang yang paling rapat dengannya riak geri beliau sudah dapat dihidu,jangan fikir mereka tidak ambil tahu apa peralatan yang anda miliki....ada sorang rakan di selatan telah membeli sebuah qrp rig Yeasu FT 817 setelah hampir setahun.Baru beliau pecah "lobang"yang rig tu dah lama dah beli,baru-baru ini XYL beliau dah check akuan dan dapati bonus fuhhh!! banyak increment
pula tinggi, mau tak mau kenalah belikan sesuatu untuk yang tersayang nak cover baliklah....tuuuu

Semasa di Cyberjaya rakan saya sempat menasihati YL kepada anak muridnya supaya memahami hobi temannya,saya agak terkejut apabila diberitahu YL tersebut dalam proses untuk dapatkan AA,Oooo rupa-rupanya memang meminati hobi yang sama dengan cik abangnya,apa pun syabas kerana sama-sama memeriahkan bidang yang jarang sekali diceburi oleh YL-YL di negara kita ni



Hati kaum hawa ni lain sikit sementara nak masak dengan apa yang kita minati ni agak memakan masa juga,saya sendiri telah alaminya memula masuk aja dalam mobile automatik onkan radio sebaik enjin dihidupkan,sementara nak biasakan diri tu kena tahan telinga sikit hehehhe...bisinglah tak faham apa yang rakan-rakan dok QSO...itu buah mula jer...mungkin dah terbiasa....perlahan-lahan beliau memahami
kepentingan rig tersebut pada saya yang pertamanya ialah:



1.Yang drive kita, maka satu-satunya teman masa kita drive adalah teman-teman yang dok QSO,kurang rasa mengantuk lebih bagus jika kita sendiri dapat joint QSO dalam group tersebut,nak harapkan mereka nak berbual dengan kita,selalunya take off ke Londonlah...



2.Apabila maklumat berkenaan kesesakan lalulintas,jalan ditutup,dapatkan pandu arah ketika sesat maklumat diinfokan secara tak lansung pada kita yang sedang melalui sesuatu tempat maka perkara sebegini dilihat satu keperluan.


 
3.Apabila saya dan adik ipar saya konvoi kemana-mana beliau dihadapan memberikan pandu arah tak perlu nak telefon, simpang depan nak belok kiri ke kanan ke....lu pikirlah sendiri hp saya line charge northern call ke handset southern tak kerrr tinggi bil tu?? bila adanya ring ianya banyak membantu kita,cumanya XYL saya sehingga kini tak teringin pun nak ambik RAE.
 
 
Kepada YL-YL dan XYL-XYL nak pesan satu aja....abang-abang main radio jer...bila bercampur geng radio tak kemana pun perginya,balik-balik pergi eyeball jer....Apa pun adakalanya kita terpaksa bohong........"bohong sunat" kata P.Ramlee.....beli rig,atu,apa-apa mak nek berkaitan radio dan hobi ini
jangan bising-bising,dalam masa yang sama perlu ada win-win situation belilah apa-apa kat depa juga.....just for safety reason bila dah pecah lobang hahahahaha....cakap aja kan abang ada bagi ayang gelang tangan,subang,kasut baru..blaa..bla...blaa.....hehehehhee