1. Hb (hemoglobin) sang ibu turun lagi. dari 9.5 ke 8.6.. kali misi suh beli ubat kt farmasi plak. kononnya ubat yg klinik bg tu dah tak lut. oh.. camtu pon ada..
2. berat sang ibu telah menjadi 51kg. seperti tidak percaya dah cecah 50kg.. macam mudah pon ada jgk.. haha..
3. kena suntikan kedua. untuk kancing gigi kot. sakit gak sposen.. huuu..
4. kaki tgn masih belum nmpk bengkak.. cuma kt tgn ada sket urat yg timbul.
itu saje.
masih blom kena minum air gula..
^_^
mari tgk apa kata fakta berkenaan perkembangan sang bayi & sang ibu pada minggu ke-25 ni..
Sang Bayi
Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulangnya juga semakin keras. Kini, bayi semakin aktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitarnya mereka. Sekiranya bayi tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh tersedu.
Sang Ibu
Memasuki minggu ini, pelbagai perasaan akan timbul. Takut, gembira, gementar, suka, risau dan segala jenis macam rasa akan timbul. Jangan terlalu banyak berfikir. Cuba tenangkan diri dengan membanyakkan bacaan tentang kehamilan.
itu saja..
attached herewith latest pic of the sang ibu for your evaluation. ahaks..!

>> tiba-tiba rasa cepat plak masa berlalu..