Wahai jiwa-jiwa yang tenang jangan sekali-kali kamu, mencoba jadi tuhan dengan mengadili dan menghakimi..Bahawasa nya kamu memang tak punya daya dan upaya..serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yang sejati..Bukankah kita memang tercipta laki-laki dan wanita..Serta suku-suku dan bangsa-bangsa yang pasti berbeda..Bukankah kita harus saling mengenal dan menghormati..Bukan untuk saling bercerai dan berperang angkat senjata..

Sunday, September 16, 2012

Basuh Rumah Baru...

Hari telah tiba,ruma yang sekian lama xpergi bila dh pindah ke KL aku pasang kipas lampu dan basuh...


Penat memang penat nasib baik nisa ade kuranglah beban membasuh...auni cam biasa tolong gak tapi tolong menyibok jek hehehe..


Alhamdulillah lepas ni bolehlah balik ke KL dengan aman...moga masalah air xkuat xjadi lagi bla dah 2 hari ni baru lah petang tadi air keluar dgb kuatnya....mungkin nak penuh tangki atas tu jadi lambat air keluar...


Lepas ni tgulah penyewa akan masuk..kenalah select yang baik2.....jadilah 2hari tido disini,rumah sendiri mimpi kami sekeluarga punya rumah sendiri...walaupun tak duduk tapi dah jadi aset kami...


Penat beb...tdo jom..auni pun dpt scooter baru....


Published with Blogger-droid v2.0.8
Published with Blogger-droid v2.0.8

Thursday, July 12, 2012

1st day Petronas..

Salam tq padq wife pepagi lagi dah masakkan nasi goreng.Seawal 6 pagi aku dah bagun sb aku takut lewat melapor diri walaupun melapor dri pkul 9pagi..Baru rasa macam budak opis nampak bergaya...dulu g opis pakai coverall tapi sekarang mestilah lebih bergaya hahaha...


Destinasi pagi ke wangsa maju station.Alhamdulillah aku parking mana yang sempat ajek...takut gak cuma motor aku kat situ..hentam ajelah...jam pkul 7 naik lrt..naik je tangga train sampai..mudah juga nak g kerja...15 mnit sampai ke KLCC...bari sedar dalam berjalan bunyi cepek...cepek...celaka tapak kasut aku sebelah tanggal...peh apapunyer kualitilah kasut lois nie...takut,marah,menyumpah semua ada....tabahkan hati hentam ajek...mastu masuk klcc terus aku cabut semua 1 tapak kasut aku..dah tinggi sebelah jalan...nak crik kedai semua tutup dalam otak mna ade kedai btoikan kasut dlm klcc ni...


Huiiiii cabaran ari pertama...nak tunggu pukul 9 lama lagi jadi pergilah pekena teh o dlu d pelita nasi kandar..menapaklah skit...dok2 mnum tgok tapak 1 lagi pun dh nak tercabut apa lagi aku cabut jadi semua level..hahaha


Naik 8.30pagi sign borang offer letter..jadi harini melahu..apa pun semoga balik ke rumah juga senang...bukan senang nak naik client nie..hehehe dugaan...


Published with Blogger-droid v2.0.6

Semua telah selamat berpindah..

Fasa terbaru dalam hidup telah bermula..hari nie semua telah selamat di kemas dan bersih..Tinggal menunggu esok sahaja 1st day kerja di Petronas KLCC.Banyak dugaan tggu barang semua sampai,lori navy janji xdatang,duit dh berhabis aduh...penat angkat barang.selamat semalam abang pit tolong angkat barang pkul 11mlm..dan yang baiknya baru aku tahu uncle depan rumah memang banyak berjasa pasai lori pindah rumah.takde dia mungkin sofa dan meja makan aku tak dapat dihantar...


Kata zul,tagak ajek dugaan dan masalah..tapi nak tagak2 tetap nak kena tahu jalan penyelesaiannya..


Taman Pelangi..terima kasih meninggalkan suka duka tangis tawa 3tahun kami dahulu...terima ksih beri kami berteduh setelah aku khawin dulu terus ke Perak..Tak dapat dibayangkan betapa sedih melepaskan rumah sewa walaupun milik orang tapi rumah itulah juga lahirnya anak pertama Auni Marshanda...Uri pun ditanam dlu depan rumah...


Dalam ksedihan minta wife untuk bergambar kenangan depan rumah 29 Taman Pelangi 32000 Sitiawan..Sempat kami ambil no phono uncle depan dan aunty letchumi..Ada masa kita jumpa lagi...


Next entry aku try masukkan pengalaman hari pertama di Petronas dan kemudian kenduri doa selamat rumah baru di Johor,Pontian ye..Sembah salam sbg warga merantau...


Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, July 10, 2012

Pasang grill rumah baru

Alhamdulillah smlm sempat jugak sudahkan grill rumah baru..penat mengemas wife n aku mana taknye rumah lama last angkat barang arinie..13 dah mula start keje kat tempat baru..nak turun sni lagi mungkin akan amik masa lagi...Petang ni lori navy datang amik barang sofa n meja makan bawak kl..Grill coklat mmg lawa..RM4.5k beb dah lah xde pitih banyak nak pakai..Tapi terpaksa pasai rumah baru punya pasai hahaha..


Auni cam biasa lasak..xlarat mntak wife bawak dia balik rather than dia tgu dpd mula smpai abis ming teck grill ni..alhamdulillah pasang railing langsir skali n katil patah pun ming teck tolg weldingkan hahahaha


Nanti 1st masuk keje baru aku update eh n complete umah sewa kat kl ok...Salam


Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, May 8, 2012

Menjadi sebahagian baju kuning.

Alhamdulillah pertama aku ungkapkan pada kebesaran ilahi doa mak ayah dn keluarga akhirnya apa yang dihajati selama ini datang.dah lama mengimpikan menjadi client akhirnya peluang itu datang pada hari ini bila terima email aku diterima..akan aku sahut cabaran ini sebagai sebahagian pengalaman hidup..buat mak abah dan wife kerja akan ku pergi ke luar negara akan jadi pengalaman.buat wifey dn auni insyallah ayah akan kerja keras buat kita walaupun ayah akan selalu tinggal kamu berdua...


- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, May 6, 2012

Solat Istikharah, Tata Cara dan Doa

Solat Sunnat Istikharah



Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.







Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.







Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.







Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.







Tata Cara Shalat Istikharah





Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.







Lafaz niat:-



Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala



Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala







Rakaat pertama-



Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun







Rakaat kedua-



Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas



Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.



Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”











Doa istikharah







Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:











Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.



Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir





Ertinya:-



“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.



Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.



Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”



Tuesday, May 1, 2012

Blogsy

1st time guna platform blogsy dlm ipad so senang nak update

Sunday, April 29, 2012

Kesilapan dalam mendidik anak-anak...



Info menarik. peringatan untuk diri sendiri juga.....
1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

"Selamat Hari Pekerja".

Entah kenapa hari ini rasa hendak menulis entry pasal kerja.Esok adalah 1 Mei 2012 atau lebih sinonim dengan datangnya hari cuti Hari Pekerja tetapi still di tempat kerja ada juga yang bekerja.Bekerja tidak akan kisah pada hari apa sahaja pasti jika ada disitu namanya gaji bagilah hari apa,pasti ada pekerja."SELAMAT HARI PERKERJA" bagi seluruh pekerja di negara MALAYSIA ini.Negara yang di yakini selamat tetapi tempoh hari BERSIH 3.0 rally benar2 membimbangkan..Adalah memorandum nya itu buat aku percaya perlunya ada tindakan pembetulan pada tampok kerajaan tetapi rally itu yang banyak berkesudahan dengan vandelisme dan porak peranda memberi tanda semuanya politik benar2 menjahanamkan setiap manusia.

Setiap kerja pasti ada kesudahan samada baik atau tidak.8 tahun aku rasakan aku memberikan 110% pada setiap kerja aku.Tidak pernah aku gagal dalam melaksanakan setiap tugasan dan arahan yang datangnya dari company,client dan boss.8 tahun juga aku melihat walaupun tidaklah hidup aku senang sangat tetapi apa yang wife dan anak aku perlukan dan setiap itu kehendak mereka dapat aku turuti.Company besar akan tetap utuh sekiranya dan andainya setiap pekerjanya gembira tidak pada tumpuan kerja tetapi tumpuan yang mereka beri pada individu dalam keluarganya sendiri begitu juga aku utk family kedah dan Johor,wife dan anak kerana itu semua berkait rapatnya dengan kerja yang ingin mereka lakukan.

8 tahun memberi cabaran senang,susah,sedih,manis, takut dan sebagainya utk aku pelajari dalam dunia ini..Semangat member yang pernah bekerjasama pasti membangkitkan perasaan dan rasa cinta terhadap kerja.Rumah,kenderaan dan pakaian adalah asas hidup dan itu telah aku tunaikan..tentang agama pasti ade yang boleh diperbaiki..Kita umatnya tidak pernah sempurna tetapi mencari untuk menjadi yang sempurna itu sesungguhnya sukar.

Kecerian di dalam family ketika pasangan meraka keluar utk bekerja kan pasti membolehkan fokus di dalam kerja.Kesedihan di dalam hidup pasti akan hilang bila kita memikirkan kegembiraan di dalam hidup.Manusia akan menghadapi mati dan aku rasa aku tidak cukup lengkap tetapi aku bersedia jika samapi ajalnya.Mahu merubah hidup patut ada pada setiap orang.Hijrah pada sesuatu yang lebih baik itu dituntut agama. Moga entry kali ini berkaitan hidup dan kerja membuatkan kita lebih mendalami diri kita bahawa manusia boleh menjadi pekerja yang baik dan juga pasti mampu untuk menjadi insan yang baik pada agama,family,rakan2 dan negara.


"Selamat Hari Pekerja" pada semua.Kerja bukan hanya pada gaji tetapi keluar dari kepompong hidup utk bermasyarakat,bersosial,bergembira dan paling utama keselamatan dan kesihatan anda harus sentiasa terjaga.

Friday, April 27, 2012

Progress rumah bulan 4 2012

Alhamdulillah pagar dah pasan,toilet dh siap,rail tangga dah siap...tapi tah dapat duduk atau tak aku tahu..Insyallah kalo xdapat duduk sewakan bagus juga..Petronas panggilah aku cepat...aku tunggu nie...lambatnye...No 394 dah ade depan pagar tu....adakah itu no rumah aku....




















- Posted using BlogPress from my iPad

My Anniversary yang ke-3


25 April 2012 genaplah 3 tahun anniversary gn wifey...I luv u babe...U r my superwomen.....bagi rumah baru dah lah ehhhh...xde hadiah....




- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, April 26, 2012

Aydan B Fakrul Adli

19hb balik dari kampung di Johor abang ayie col kak ain dah bersalin pukul 11.30pagi,




kami jenguk sebentar di Teluk Intan..Alhamdulillah lahirny umat manusia di muka bumi ini...Tahniah cahaya mata pertama abg dan kak ipar aku...3rd sepupu pada auni dan yang ke 3rd jugak anak sedara?
Moga menjadi anak yang soleh dan baik ye Aydan...
Aydan fresh from oven hahaha...Kebetulan 19 hb april adalah hari cuti sultan perak...hehehe kebetulan betul..

Location:Hospital Teluk Intan

Kampung Baruku..Villa Adela 40,Lorong Bilal Pontian

15 hingga 19 april 2012,kami pulang ke Johor jenguk mama dan baba n family yang dah berpindah ke rumah baru yang mereka bina pada bulan 2..cepat bebenar rasanye siap dan kami xsabar nak balik.jejak kaki baca bismillah masuk ke pintu memang memberi rasa gembira lihat cantiknye rumah ni...

Alhamdulillah 10 dan 11 april 2012 harijadi baba dan mama tarikh masuk ke rumah baru.kira macam hadiah harijadi lah hehehe..kami balik terpaksa tolong pindahkan lagi barang tah berapa trip tah tak tahu..nasib ade lori member baba..tapi lagi kesian family yang sbelumni pindah banyak trip.

Yang banyak barang mama..Nilah gambar pindah2 dan sikit gambar rumah baru...Auni pun tolong sama hahaha tolong sebok jek hehehe...LOLA kucing angah n uda habis dilunyai dek auni...yok tengok















Nak tengok ha....ni power baba punyer set golf plus adik2 aku pyer...mainye dah xde lagi..saje posing


Nk tgok auni tolong ha...ni si auni tolong kacau n tolong sibok


















Lola baru kena belasah dgn Auni hahaha...

Malam di kampung baru kami penat2 pun wat BBQ..1 kemestian setiap kali blik kampung...Siap rasmi meja panjang baba siap ade satay n otak2 kempas lagi...power bebe




















Angah yang power..Belakang rumah port terbaik buat BBQ..

Rasa nak balik lagi...Jom...

Sunday, March 25, 2012

Hampir Siap dah Rumah Baba & Mama

Bahagia Depan...Cantiknyer

Sisi Rumah...........

Nie kalo dapat baring nanti pehhhhh.....nyaman

Pakcik yang power...........

Rumah kampung hampir siap teruja sekali nak masuk mudah2han bulan 4 ni masukklah dan siaplah rumah baba dan mama..Jom tengok serba sedikit apa yang dah disiapkan setakat ini....
Wahai jiwa-jiwa yang tenang jangan sekali-kali kamu, mencoba jadi tuhan dengan mengadili dan menghakimi..Bahawasa nya kamu memang tak punya daya dan upaya..serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yang sejati..Bukankah kita memang tercipta laki-laki dan wanita..Serta suku-suku dan bangsa-bangsa yang pasti berbeda..Bukankah kita harus saling mengenal dan menghormati..Bukan untuk saling bercerai dan berperang angkat senjata..