Please copy the code below and paste in your blog entry:
<center><a href="http://1bulan1adab.blogspot.com/2010/08/beli-ikut-keperluan-tau.html"><img src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiGNNnsEuoLpS6_cdhNwi_0dOM-dyEgusdDuuXb-QxT5EH5QzLXLyMcCY-Q-f7GgTf_dTjOgA9g7P44fY60L1UEwx1mv2Y69aNWrrTlYRiPC5Xvc8ljT5SVXzaxGO5oJTrzswbfP-Yz8HQ/s1600/Belanja+perlu+copy.jpg" width="400"></a></center>
Poster 10:
Beli ikut keperluan tau!
Situasi:
Apabila tiba musim puasa, banyak bazaar Ramadhan dibuka di merata tempat. Memandangkan terpaksa menahan lapar dan dahaga begitu lama, apa saja yang nampak menyelerakan dibeli sesuka hati.
Akibatnya apabila sudah berbuka puasa, lebihan makanan terpaksa dibuang jika waktu moreh pun tak dapat dihabiskan.
Bukan itu saja, dari sudut psikologi pun, membeli-belah sewaktu kelaparan tidaklah digalakkan kerana kita akan terdorong membeli lebih daripada keperluan.
Pembaziran ini amat dibenci seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Isra ayat 26-27 yang bermaksud:
"Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
Sifat boros itu adalah sifat Syaitan yang tidak patut dicontohi. Jika kita juga begitu, memang patutlah digelar saudara kepada mereka.
Ayuh kita kempen untuk kita berbelanja hanya mengikut keperluan, bukan kehendak.
Tugasan Pemblog:
Sampaikan sebarang kisah/pengalaman/cerita/tazkirah/pendapat mengenai sikap berbelanja khususnya sewaktu Ramadhan. Setelah entri anda siap, sila tulis di ruangan komen tentang link entri anda. Jangan lupa tag 3 orang lagi untuk melakukan perkara sama.
[Dapatkan arahan tag game seperti yang dinyatakan dalam Cara Penyertaan]