SAHABATKU. AKU BUKANLAH seperti yang kau lihat. Rupa ini hanyalah sekadar pakaian yang aku kenakan untuk melindungi aku dari persoalanmu dan kau dari kecuaianku.
Aku dalam aku, sahabatku, tinggal di dalam rumah yang dihuni kesunyian dan disitulah aku akan tinggal, tak dilihat dan tak dapat didekati.
Aku tak mahu kau percayakan apa yang aku lafazkan, atau percaya apa yang aku buat kerana kata kataku hanyalah sekadar pemikiranmu dalam bunyi, dan perbuatanku, harapanmu dalam tindakanmu.
Bila kau kata
"Angin bertiup ke timur"
aku kata
"Ya, mmg bertiup ke timur"
kerana aku tak mahu kau tahu mindaku tak berada bersama angin, tapi dengan laut.
Kau tak mungkin faham pelayaran pemikiranku, aku juga tak mahu kau memahaminya.
Aku mahu berada di laut, sendirian.
Waktu siang padamu adalah waktu malam padaku, tapi waktu itu juga aku bercakap tentang air pasang yang menari di bukit dan bayang ungu yang menyelinap merentas lembah, kerana aku tak mampu mendengar ratib kegelapanku atau melihat kibas kepakku pada bintang, dan aku memang tak mahu kau dengar atau kau lihat semua itu.
Aku mahu bersendirian bersama malam.
Kau cintakan kebenaran dan kecantikan dan keadilan. Dan demi kau, aku berkata itulah yang seharusnya. Tapi dalam hatiku, aku tertawa pada kecintaanmu itu. Tapi aku tak mahu kau lihat tawaku.
Aku lebih suka tertawa sendirian.
Sahabatku, kau begitu baik dan cermat, dan bijak. Tidak, kau terlalu sempurna. Dan aku, juga bercakap denganmu dengan bijaksana dan berhati hati. Tapi aku gila. Aku sembunyikan kegilaanku. Mungkin aku sendiri saja yang gila.
Sahabatku, kau bukan sahabatku, tapi bagaimana boleh aku buat kau faham?
Jalanku bukan jalanmu,
Jalanku bukan jalanmu,
tapi kita melangkah bersama...
berpimpin tangan.
jiwa berontak