25 December 2014

The Big 30? Bring It On!

Assalamu'alaikum.

Okey, memula biar kantoikan diri sendiri dulu. Ya, saya bakal masuk usia 30-an lebih kurang 15 hari lagi. Tiada rahsia antara kita. Wah tetiba. Kadang bukan rahsia pun, lebih kepada malas nak beritahu umur, sebab manusia biasanya mula berhipotesis berkenaan seseorang - hanya dengan umur.

1) *dalam hati* Eh, baru nak masuk 30? Laaa aku ingat dah 40! Tuanya muka. Mesti hidup dia susahnya ni, tua sebelum usia. Dah sarapan ke belum agaknya ek? Makan apalah dia hari-hari.

atau

2) *bercakap dengan nada terperanjat* Eh ye ke?? Laaa saya sangka awak lebih muda daripada saya! Apa rahsianya? Kongsilah.

*ujub mula merangkak ke bakul hati* Hahahaha! *memaksa pipi menjadi merah delima demi kelihatan naif* Mana ada rahsia. Saya nampak tualah. Berkedut dah muka ni. *senyum masih belum lerai* *mengharap pujian demi pujian atas sikap rendah diri yang cuba ditonjolkan*
049


Saya lebih bimbang yang nombor dua. T_T

Sebab aku memang rasa aku nampak tua yang sesuai dengan usia. Tak adalah nampak macam budak belasan, juga tak adalah baya nenek kebayan. Aku ada kedut pada bawah mata, tulang kaki yang sentiasa berbunyi semasa solat, dan uban yang semestinya tidak akan berkurang. Tapi sebab muka baby aku ni, sentiasa dapat yang nombor dua maka 

Okey kita teruskan ke perenggan seterusnya.


"Oi hang umpat aku ka?"

Lebih kurang seminggu ini, saya memang tidak buat apa sangat. Tenung laptop, cuba menyiapkan kerja penulisan, tapi... memang tidak ada peningkatan patah perkataan.

Aku pandang skrin laptop, skrin laptop pandang aku.

Kosong. 

Kosong, sekosong-kosongnya.

Mengenang apa yang aku perlu buat, siapa aku perlu jadi, pada tahun 2015.

Tahun yang lama aku tunggu. Demi umur 30 tahun. Sebab aku suka nombor tiga. Sangat masuk akal penantian ini, kan?





HINGGALAH....


Salah seorang sahabat berkongsi sebuah artikel.


Berkenaan nasihat-nasihat para pembaca blog tersebut, yang berusia lebih 30 tahun, kepada diri mereka yang berusia 30-an.

Geddit? Macam, flashback. Kalau ada mesin masa, apa yang kau nak nasihat pada diri kau yang berusia 10 tahun lebih muda, atau 20 tahun, atau 40 tahun lebih muda.

Sangat membuka mata dan minda. 

Supaya memudahkan diri sendiri dan anda semua, saya copy paste di sini. Yang saya rasa penting sahajalah. Kredit penuh kepada http://markmanson.net/.


10 LIFE LESSONS TO EXCEL IN YOUR 30'S



Daripada 600 emel yang Manson terima, ini 10 nasihat yang punya kesatuan idea.

1. START SAVING FOR RETIREMENT NOW, NOT LATER
  • Make it your top priority to pay down all of your debt as soon as possible.
  • Keep an “emergency fund” — there were tons of horror stories about people getting financially ruined by health issues, lawsuits, divorces, bad business deals, etc.
  • Don’t spend frivolously. Don’t buy a home unless you can afford to get a good mortgage with good rates.
  • Don’t invest in anything you don’t understand. Don’t trust stockbrokers.
"Jangan asyik hulur kami kepada Calaqisya, dik. Sekali-sekala je boleh."

2. START TAKING CARE OF YOUR HEALTH NOW
"... the way you treat your body has a cumulative effect; it’s not that your body suddenly breaks down one year, it’s been breaking down all along without you noticing. This is the decade to slow down that breakage."

3. DON’T SPEND TIME WITH PEOPLE WHO DON’T TREAT YOU WELL

“Learn how to say “no” to people, activities and obligations that don’t bring value to your life.” (Hayley, 37)

“Setting healthy boundaries is one of the most loving things you can do for yourself or another person.” (Kristen, 43)


“Stay away from miserable people… they will consume you, drain you.” (Gabriella, 43)


“Selfishness and self-interest are two different things. Sometimes you have to be cruel to be kind.”



love

4. BE GOOD TO THE PEOPLE YOU CARE ABOUT

“Show up with and for your friends. You matter, and your presence matters.” (Jessica, 40)

“I think sometimes I may have taken some relationships for granted, and when that person is gone, they’re gone. Unfortunately, the older you get, well, things start to happen, and it will affect those closest to you.” (Ed, 45)


5. YOU CAN’T HAVE EVERYTHING; FOCUS ON DOING A FEW THINGS REALLY WELL

“I would tell myself to focus on one or two goals/aspirations/dreams and really work towards them. Don’t get distracted.” And another: “You have to accept that you cannot do everything. It takes a lot of sacrifice to achieve anything special in life.”


For some people, this will mean taking big risks, even in their 30s and beyond. It may mean ditching a career they spent a decade building and giving up money they worked hard for and became accustomed to. Which brings us to…
6. DON’T BE AFRAID OF TAKING RISKS, YOU CAN STILL CHANGE
Many readers commented on how society tells us that by 30 we should have things “figured out” — our career situation, our dating/marriage situation, our financial situation and so on. But this isn’t true.
"Multiple readers related making major career changes in their 30s and being better off for doing so. One left a lucrative job as a military engineer to become a teacher. Twenty years later, he called it one of the best decisions of his life."


1

7. YOU MUST CONTINUE TO GROW AND DEVELOP YOURSELF

“The number one goal should be to try to become a better person, partner, parent, friend, colleague etc. — in other words to grow as an individual.” (Aimilia, 39)

8. NOBODY (STILL) KNOWS WHAT THEY’RE DOING, GET USED TO IT

“Most of what you think is important now will seem unimportant in 10 or 20 years and that’s OK. That’s called growth. Just try to remember to not take yourself so seriously all the time and be open to it.” (Simon, 57)

“I’m 44. I would remind my 30 year old self that at 40, my 30s would be equally filled with dumb stuff, different stuff, but still dumb stuff… So, 30 year old self, don’t go getting on your high horse. You STILL don’t know it all. And that’s a good thing.” (Shirley, 44)


9. INVEST IN YOUR FAMILY; IT’S WORTH IT

Pretty much everybody agreed to get over whatever problems you have with your parents and find a way to make it work with them. One reader wrote, “You’re too old to blame your parents for any of your own short-comings now. At 20 you could get away with it, you’d just left the house. At 30, you’re a grown-up. Seriously. Move on.”


leaf3

10. BE KIND TO YOURSELF, RESPECT YOURSELF

“Be a little selfish and do something for yourself every day, something different once a month and something spectacular every year.” (Nancy, 60)

“When I turned forty my father told me that I’d enjoy my forties because in your twenties you think you know what’s going on, in your thirties you realize you probably don’t, and in your forties you can relax and just accept things. I’m 58 and he was right.” (Martin, 58)

Baca artikel penuh di sini: DI SINI



Kesimpulan artikel ini kepada hidupku:

  • Mula menyimpan secara aktif, ini komitmen yang perlu istiqamah. Jangan gunakan simpanan untuk berbelanja bukan-bukan, dan jangan laburkan kepada sesuatu yang kita tidak faham, tidak yakin, tidak logik, dan tidak patuh syariah.
  • Jaga kesihatan. Makan, minum, senam, cukup tidur. Sebagai orang Islam, mana yang Islam dah tegah, pepandailah elak. Rokok pun haram.
  • Lebihkan masa dengan Allah, dan manusia yang suka dekat dengan Allah. Kerapkan baca al-Quran, belajar tajwid bebetul, bertalaqi.
  • Hargai mereka yang menghargai kita, menyayangi kita, selagi mereka masih hidup.
  • FOKUS. Fokus pada kemahiran dan bakat kita. FOKUS HINGGA JADI PAKAR. Jangan semua benda nak buat, konon multi-talented, padahal mediocre. Ini aku paling sentap. Okey, 2015, aku kena fokus pada apa matlamat hidup aku, gunakan bakat, terapkan minat, tambah ilmu, dan istiqamah, istiqamah, istiqamah!
  • Dan jangan pernah kata "EH DAH TERLAMBAT NAK UBAH!". Aku masih boleh berubah, sekiranya apa yang aku fokuskan selama ini, semacam tidak memberi pulangan. Dan jangan menyesal! Pengalaman itu tetap berharga. Jangan takut pada perubahan, jika ia baik untuk aku, untuk keluarga, untuk kesihatan, dan yang paling penting, tidak langgar agama. Ingat ek, Husna.
  • Seperti nasihat suami, sedekah pada keluarga adalah yang paling baik. Sedekah wang ringgit, masa, tenaga... utamanya pada keluarga. Kemudian, orang yang aku kisah. Yang kisah juga pasal aku.


Misi tahun depan, nak kumpul duit, sama-sama dengan Encik Suami, untuk maintain yuran play school Afia, juga untuk sekolah rendah dia tiga tahun lagi. Nak mengerjakan umrah, bayar PTPTN, pergi kelas / seminar / bengkel ilmu yang berkaitan, semua ini perlukan duit.

Ah senang cerita, MULAI tahun hadapan, aku nak kumpul duit GILA PUNYA. Banyak dapat, moga banyak memberi juga. Dan teruskan impian aku yang paling utama, iaitu ada bisnes yang jadi mesin duit walaupun aku sedang tidur. Sekarang ini aku tidur, bisnes pun tidur. Camno?? Hahaha *gelak rebah*

So, bring it on 2015! Selagi Allah beri nyawa, aku tak nak susah payah nak sedih pasal kedut ke, 20-an yang ditinggalkan ke. Ada benda lain lebih penting. Amalan, dan amal. So yeah, I am so ready to be a 30 years old lady!



Gaya macam tokey tudung, padahal ikan bilis. T_T

Well... aku mungkin belum berjaya pada usia 30 tahun,

tapi aku sudah bermula. Semula.


Disclaimer: Semua gambar kecuali yang diri sendiri itu, kredit kepada Google.

22 December 2014

Sambal Kicap Maji

Assalamu'alaikum.

Dalam hidup ini, kadang kita rasa terlalu banyak doa kita tidak dimakbulkan dan mula menyalahkan Tuhan atas apa yang terjadi.

Tapi kadangkala benda sekecil botol kicap dapat membuatkan kita rasa bersyukur kerana ia sebahagian daripada doa yang pernah terungkap pada bibir.

Terutama makhluk malas masak macam aku.


Rasa kicap ni macam kicap Jawa tu beb. Sonang tak payah tumbuk bawang putih, cili api bagai. Bukak penutup dan pooofff siap! Makan dengan pisang goreng ke, jemput-jemput ke, nasi panas ke memang terbaik oi!


Area Kajang ni boleh beli di kedai runcit Saujana Impian. Area lain aku tak pasti. Kalau orang Utara, boleh beli dari Daging Segar Outlet, Merbok.


Serius kena cuba!!

p/s: Bukan iklan berbayar. Siapa nak bayar i nok? Nara ke kau? Kahkah T_T

Bliss Epal & Pisang

Assalamu'alaikum.

Kelmarin pergi Tesco, nampak botol Bliss yang rare ni. Cantik terlebih pulak. Rupa-rupanya memang edisi terhad ni yalls. Sayanglah jadi terhad sebab memang sedap!!

Ada satu lagi campuran perisa, nanti kalau berani nak beli, saya kasi up satu lagi entri.

Selamat mencuba!

20 November 2014

Kita menyusul....

Assalam, lama tidak menulis di sini. Insya-Allah, mahu cuba kembali selepas membaca blog seorang penulis yang sudah ke rahmatullah. Blog arwah memberi saya inspirasi bagi menulis semula. Semoga rajin huhu.

Pada 17 November lalu, ayah sahabat saya meninggal dunia secara mengejut. Namanya Abdul Karim bin Yaacob. Almarhum juga merupakan doktor keluarga saya sejak saya kecil, memandangkan Klinik Dr. Karim adalah panel emak dan abah. Hampir semua orang Kajang kenal Dr. Karim, with his humble small clinic near a gas station (lupa nama stesen minyak tu // dah kenapa tetiba bahasa rojak).

Orangnya kecil, comel, dan tiap kali ke Klinik Dr. Karim, saya rasa tenang dan selesa. Dr.Karim tidak 'menakutkan' seperti doktor lain. Yang saya paling ingat, tiap kali habis rawatan, Dr. Karim akan membenarkan kami mengambil gula-gula yang diletakkan di dalam balang, di atas meja beliau. So nice....


Inilah Almarhum Dr. Karim yang kami sayang. T_T
(Gambar diambil dari FB salah seorang anaknya.)

Semoga Allah reda, rahmati, dan kasihi almarhum atas segala kebaikan yang dilaksanakan sepanjang hayatnya, amin. Insya-Allah, saya doakan juga untuk seluruh keluarga almarhum, supaya diberikan kekuatan dan kesabaran.



Sebelah kanan gambar adalah sahabat saya, Hidayah. Sebelah kiri pula sahabat saya, Dr. Aireena, anak Dr. Karim yang saya kenali semasa sekolah menengah. Orangnya sama baik seperti almarhum ayahnya. - Ai, teruskan kerjaya darah daging ini. Moga terus menjadi kuat, tabah, dan bersemangat - seperti almarhum daddy. Kami semua ada, menyokong tiap langkah menuju kejayaanmu. T_T

* * *

Pemergian Dr. Karim, dan kesedihan sahabat saya itu, menerbitkan status FB ini, yang saya karang pada 18 November.

Sewaktu memeluk sahabat di perkuburan semalam, kami sama-sama menangis. Pelukan semakin erat apabila beliau bisikkan sesuatu kepada saya. "Husna dulu dah pernah rasa kan?" Air mata saya tumpah tidak tertahan. Melihat sahabat saya bercucuran air mata, benar, ia sama seperti saya 8 tahun dahulu.
.
Selepas pelukan dilerai, Subhanallah... rasa lega sangat. Semacam ada rasa yang tersimpan bertahun-tahun, pergi seiring lerainya pelukan kami. Teringat arwah abah, teringat 'kalau', 'kalau', 'kalau', yang masih bersisa hingga ke hari ini.
.
Tapi saya tahu, apa yang terjadi, tidak dapat diubah lagi. Walaupun saya tidak rapat dengan abah, saya tetap rindu. Yang tinggal dalam memori saya, bukan ketika arwah merotan saya yang degil, bukan ketika arwah memarahi saya yang enggan meneruskan tingkatan 6 - tetapi ketika arwah terbujur kaku, dengan wajah suci mulus. Begitu tenang. Saya ketika itu, memegang tangan abah yang sejuk, mengharap ia cuma mimpi.
.
Harap abah ada, melihat saya abadikan namanya sebagai nama pena. Harap abah ada, sewaktu saya memegang skrol ijazah. Harap abah ada, sewaktu saya bernikah. Harap abah ada, sewaktu cucunya dilahirkan.
.
Tak apa abah, insya-Allah kita jumpa di sana. 

Buat saya rindu abah. :')

Dan... yang masih ada ketika ini, pasti juga menyusul.

Semoga saya dan kita semua, pergi dalam khusnul khotimah, amin....


01 September 2014

Garment Steamer Adalah Best!!

Bagaimana mempercepatkan proses seterika barangan jualan?
.
1) Beli garment steamer.
2) Upah pekerja untuk seterika.
atau hantar ke dobi - mereka ada servis seterika.
- Atau buat sendiri pun boleh. Senang sangat nak guna.
.
Di mana garment steamer yang berpatutan?

.
Cadangan saya: Lazada (http://www.lazada.com.my)
Pautan terus: http://www.lazada.com.my/shop-garment-steamers-presses/
Ambil COD - cash on delivery.
Bayar semasa barang sampai di depan pintu.
Saya sudah beli tiga unit steamer iron dari Lazada.
Semua bawah RM170. Tahan lama (jika digunakan dengan betul). 

.
Semoga bermanfaat! 


SOP Prepaid Pos Laju

Prepaid = Prabayar

Bagaimana mempercepatkan urusan pengeposan di kaunter Pos Laju?

.
1) Beli siap-siap sampul Prepaid (bermula saiz S: RM6, saiz L: RM9 - ini harga Semenanjung. Harga Sabah Sarawak berbeza.) Sampul ini boleh dibeli di kaunter Pejabat Pos Laju (sementara stok masih ada).


2) Lekatkan sampul ikut saiz yang dibeli, jangan dikecilkan ikut item.
3) Isi borang Pos Laju seperti biasa.
4) Dua helaian pertama pada borang, dimasukkan terus ke dalam plastik di belakang sampul Prepaid.
5) Helaian terakhir disimpan oleh pengirim.
6) Helaian ketiga diberikan kepada pekerja di kaunter semasa pengeposan dibuat.
.
Ya, terus berikan semua bungkusan dan helaian ketiga kepada pekerja di kaunter. Kemudian boleh berjalan pulang dengan bergaya sementara orang lain jenuh menunggu giliran, he he.
.
Langkah-langkah ini diguna pakai di Pejabat Pos Laju. Pejabat pos biasa di Tesco Kajang misalnya, tetap perlu beratur walaupun menggunakan sampul Prepaid. Tempat lain saya tidak pasti.  Semoga bermanfaat! 


Kawanku Panda (2011 - 2014)



Selesai. Selepas habis 361 naskhah, 'Kawanku Panda' tidak lagi diulang cetak dan diuruskan oleh PTS - kerana hak penerbitan sudah dikembalikan kepada saya. Dah jadi rare item ni... hoho.
.
Saya sedang merisik diskaun yang dapat PTS berikan kepada saya sekiranya saya mahu beli sedikit baki buku ini. Ada sesiapa mahu beli juga? Insya-Allah sekiranya dapat diskaun hebat, saya jual dengan harga lebih rendah daripada harga asal RM16. PM saya bagi yang berminat.

Soletip dan Iman




"Kenapa awak cari pangkal soletip tu ke arah bertentangan? Anak panah tu tandanya pangkal soletip berada di hadapannya, bukan di belakang."
.
"Dah banyak kali pusing, tak jumpa-jumpa." Ketawa. "Ala manalah tahu, kilang silap letak anak panah tu. Buatan manusia kan, tak mustahil ada silap."
.
Terdiam. Betapa kita juga sering mencari 'pangkal' kebenaran pada jalan sebaliknya... sedangkan telah diturunkan kepada kita kitab suci al-Quran dari nabi penuh maksum. Itulah kalam Allah yang jelas benar sepanjang zaman. Adakah wujud dalam hati kita bahawa Allah mungkin silap - maka kita ingkar?
.
"Sesungguhnya ayat-ayat Aku (al-Quran) selalu dibacakan kepada kamu, tetapi kamu selalu berpaling ke belakang." Al-Mukmin, 66.
.
Ataupun kita sedar kita silap - cuma menanti seruan tiba?
.
"Kecuali mereka yang telah bertaubat dan melakukan kebaikan-kebaikan dan menerangkan (kebenaran), maka terhadap mereka itu, Aku menerima taubatnya, dan Akulah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Penyayang." Al-Baqarah, 160.
.
Cumanya sering terlupa, sesungguhnya ajal itu tidak awal sesaat, dan tidak lewat sesaat. Ampunkan kami atas kelalaian kami, ya Allah. Matikan kami dalam agama-Mu. 


Tip Berjualan Di Instagram




Assalamu'alaikum. Okey, saya kongsikan tip berjualan di Instagram mengikut pengalaman dan pemerhatian saya. Sesuai bagi yang baru nak buat, atau baru buat akaun Instagram. Yang dah otai, mohon skip, haha. Boleh tambah di ruangan komen sekiranya ada cadangan lain. (Saya bukan pakar, sendiri pun masih merangkak.) Dipersilakan share sekiranya bermanfaat.
.
1) Pemilihan nama akaun.
Sekiranya ada jenama, guna nama jenama kita. Sekiranya tiada, guna jenis produk yang kita jual pun boleh. Contoh: monopod_murah_RM25. Kadang memang kelakar nama-nama di IG ni, terutama yang guna underscore berkali-kali sampai panjang ha. Gabung nama jenama dan jenis produk jualan lebih menarik pelanggan kerana dari situ dah tahu kita jual apa. Contoh: smart_clothing. Jenama 'Smart', jual baju.
.
2) Public account.
Supaya orang boleh terus follow atau membolehkan potential buyer melihat-lihat dahulu apa produk jualan kita.

Pemerhatian: Namun kebanyakan IG yang private lebih ramai followers, salah satunya mungkin user malas mahu request to follow semula selepas unfollow. Ada juga yang private supaya dapat approve wanita sahaja; demi menjaga testimoni bergambar dari pelanggan wanita. Ada 1001 sebab mengapa seller private akaun, perlu tanya seller itu sendiri, ataupun raikan sahaja pilihan mereka.
.
3) Follow akaun IG yang bersesuaian.
Saya cadangkan IG @kamibencikakitipuonline. Memang pening kepala baca masalah yang diadukan di situ, kadang remeh-temeh, tetapi yang lainnya sangat bermanfaat. Dapat belajar penipuan terkini supaya sentiasa berwaspada dengan pembeli-tanpa-wajah. (Mana post yang ke arah mengumpat tu, tak usahlah kita simbah minyak tanah lagi.)

Saya follow kerana nampak peluang. Kadang dapat promo pada customer yang mencari barang yang kita jual pada ruangan komen, ada promosi barangan peniaga, event bazaar, ruang swap review, atau sebagainya.
.
4) Swap review.
Saling mempromosikan akaun IG di akaun masing-masing. Swap ini percuma. Ada IG yang tetapkan minima followers sebelum swap, ada juga yang tidak. IG yang 10k ke atas, mahu swap dengan yang punya followers 10k ke atas. Yang 2k, swap dengan 1k atau 2k. Yang ratus-ratus, swap dengan 1k ke bawah. Apa jua syaratnya, biasanya yang followers sedikit perlu ikut syarat followers ramai. Begitulah dunia mihihi. Ayat deskripsi dan gambar sama ada kita berikan, atau mereka sediakan sendiri. Apa pun swap ini perlu bincang dulu sesama pemilik IG.
.
Pro:
- Tiada kos.
- Sekurang-kurangnya naik jugalah 1 follower, insya-Allah.
- Tambah kawan kerana ini konsep bantu-membantu.
.
Kontra:
- Terlalu banyak gambar iklan pada IG kita. Nampak semak.
- IG yang satu lagi tidak up swap IG kita walaupun kita sudah promo.
- IG yang satu lagi desak segerakan naik promo IG dia sebab dia sudah promo, walaupun baru beberapa jam. Hehe pengalaman.
.
5) Review (melalui hadiah / bayaran / hadiah dan bayaran)
Biasanya pada selebriti. Pelakon, penyanyi, blogger, model, siapa-siapalah yang terkenal dan ramai followers. Ada yang tag pada barang yang kita poskan kepada dia, atau apabila dia memakainya. Ada yang minta bayaran sahaja. Ada yang mahu dua-dua.

Paling rendah review berbayar yang saya perlu cuba adalah RM20, page ramai followers yang memang fokus mempromosikan IG bisnes tempatan. Paling tinggi pernah saya diberitahu, RM700 bagi sekali review. Dan iklan akan dipadam seminggu / 3 hari kemudian.
.
Pro:
- Insya-Allah followers memang banyak naik. Terutama selebriti yang karang ayat sendiri. Lebih nampak jujur dan bersungguh.
- Jika selebriti itu suka dengan produk kita, dia akan beli sendiri nanti.
.
Kontra:
- Kos tinggi (tetapi insya-Allah new followers pun ramai).
- Emel tidak berbalas kerana terlalu ramai mohon review.
- Perlu beratur panjang sekiranya setuju membuat bayaran.
- Ada yang que 2 bulan ke hadapan. Ha menunggu la awak.
- Biasanya iklan dipadam amat cepat.
.
6) 'WAJIB' satu hari update sekurang-kurangnya satu gambar. Jika tiada gambar produk terbaru, kongsi kata-kata hikmah, atau apa sahaja yang memberi manfaat. Jangan biarkan IG terbiar. Kerajinan update IG antara cara menaikkan followers.
.
Elakkan update gambar yang terpapar auratnya. Testimoni yang tidak menutup aurat, tak perlu upload pun okey. Yang kurang sempurna, macam nampak lengan dan kaki, edit letak bunga ka, love love ka... asalkan tidak mendedahkan aurat. Dosa orang boleh jadi dosa kita tau. Sebab kita sebarkan sama. Wallahua'lam.
.
7) Ejaan penuh amat digalakkan. Terutama apabila update berkenaan produk. Karang deskripsi dengan tenang, dan padat.
.
8) Gunakan hashtag yang berkaitan SAHAJA. Sekiranya jual van, guna #vanterpakai #sayajualvan #vanforsale dan sebagainya. Letak banyak-banyak pun tak apa, tetapi janganlah banyak sangat. Pening followers. AMAT DITEGAH guna hashtag isu semasa pada barangan jualan. Tidak beretika. #prayforMH370 pada gambar kerepek bawang? Motif kerepek bawang nak pray??
.
9) Sekali-sekala comey update pasal peribadi di IG bisnes. Tunjuk kita juga manusia, ada keluarga, ada urusan peribadi. Followers wanita suka ini. Tetapi jangan kerap sangat. Mereka follow lebih kepada produk kita, jadi banyakkan gambar produk, dan sedikit testimoni.
.
10) Ha jangan lupa terus letak harga. Memudahkan pelanggan survey. Tak apa, mungkin ada yang jual lebih murah. Jika itu rezeki kita, dan kena gaya, insya-Allah tetap ada sale. Kasihanilah kami yang perlu Whatsapp penjual semata-mata nak tahu harga. 
.
Dan layan pertanyaan customer dengan baik. Jangan maki hamun walaupun kita sudah letak semua detail pada gambar setiap kali update. Sekiranya kita penat, emosi tidak stabil, balas kemudian. Sudah tenang, baru balas. Terbukalah apabila yang bertanya itu ini begitu begini, tidak jadi beli... hehe. Yang sudah diberi jumlah dan invois pula, tidak jadi beli dan senyaaaaaap seribu bahasa, tidak balas pun soalan kita "Masih berminat?" "Sudah buat pembayaran?", ini dikira backout buyer. Terpulanglah nak kasi peluang lagi, atau abaikan terus.
.
Above all, bak kata sahabat saya, kembali kepada Allah. Buat semua yang wajib, amalkan yang sunat (dhuha, al-Waqiah, tahajud), banyakkan bersedekah, baiki hubungan sesama manusia, usaha semampu mungkin, dan yakin rezeki dari Allah. Man jadda wajada. All the best to us all! 




Berminat mendapatkan buku Pemasaran Instagram ini?
Whatsapp 012-7219956.
Harga termasuk pos SM: RM25
Harga termasuk pos SS: RM30

Vendor Concept Boutique

Disalin dari status FB saya, pada 29 Mei 2014.

Minggu lepas, semasa berurusan dengan pembekal, mereka bertanya di mana saya membuat jualan. Jawab saya, saya menjual di butik sebagai vendor; dan online. Waktu itu mereka berpandangan sesama sendiri. "Vendor itu apa?"

Saya tidak tahu bagaimana ia bermula dan siapa pengasasnya, tetapi butik berkonsepkan vendor ini pada awalnya (dalam pengetahuan saya), banyak di Shah Alam. Kini ia merebak ke Bangi, Melaka, Johor, Perak, dan boleh katakan hampir setiap negeri di Malaysia sudah mula membuat konsep sebegini.

- Berniaga secara berjemaah di bawah satu bumbung.

Sebagai contoh, Afeeya Bella adalah salah seorang vendor daripada LIMA PULUH vendor lain di The Sisters Boutique (yang akan saya tulis sebagai TSB sahaja selepas ini) Ya, 50. Bermaksud ada 50 online shop kini beroperasi secara fizikal di situ. Afeeya Bella mengisi slot pakaian wanita, dengan sewa RMxxx sebulan. Sewa ini bergantung kepada pemilik butik. Ada RM200, ada RM250, ada RM300, ada RM350, ada RM450, malah ada yang lebih tinggi daripada itu. Slot pakaian / hijab biasanya slot paling 'mahal' dalam sesebuah butik. Slot makanan dan aksesori biasanya lebih 'murah'.

Okey, rasanya tuan & cikpuan sudah mendapat gambaran bagaimana konsep vendor ini diaplikasikan. Pemilik butik menerima bayaran sewa dari para vendor setiap bulan. 


KELEBIHAN (mengikut pengalaman saya):

Paling berharga apabila menjadi vendor sesebuah butik adalah, NETWORKING. Saya tidak ramai rakan peniaga, jadi apabila menjadi vendor, saya berkenalan dengan ramai peniaga, dari segenap umur. Ada yang 'otai' - sudah punya puluhan ribu pengikut Instagram. Ada juga yang baru membuat akaun Instagram, hanya selepas menjadi vendor di TSB.

Pemilik butik membuat group khas bagi mengumpul para vendor di WhatsApp / WA (ini juga terpulang kepada pemilik butik. Ada butik yang tidak mempunyai group vendor.) Kelebihan membuat group WA adalah ini: networking - silaturrahim. Kami berkenalan, berbual, dan saling membantu di dalam group itu. Akrab seperti sudah lama kenal. Pada yang gemar berkongsi, saya diajar bagaimana berurusan dengan pembekal dari China, siapa pembekal plastik membungkus pesanan, dan 1001 proses bisnes yang selama ini ada yang saya tidak tahu!

Kedua, promosi percuma. Pemilik butik (yang biasanya ada media sosial seperti Instagram dan Facebook), akan mempromosikan barangan kita pada setiap media sosial kepunyaan mereka. Ini satu proses timbal balik. Mereka perlu mempromosikan barangan di butik demi menarik para pengikut media sosial mereka untuk datang ke butik, para vendor juga sebaiknya mempromosikan barangan sendiri dan tag / hashtag nama FB / Instagram butik. Malah ada butik yang menggunakan media majalah bagi mempromosikan butik dan para vendor.

Ketiga, seperti fitrah memiliki butik fizikal, jualan tetap berlangsung di butik walau ketika kita bercuti, tidak sihat, dan yang sewaktu dengannya. Staf di butik akan menguruskan pembelian koleksi kita apabila ada pelanggan. Beg plastik dan khidmat staf jualan semuanya disediakan oleh pemilik butik. Ini paling best memandangkan saya masih belum punya dana mengupah pekerja hehe. Jualan di butik ada yang uruskan, jualan online saya uruskan seperti biasa.

Saya rasa seperti ada lagi, boleh utarakan pertanyaan di bahagian komen.



UPDATE 25 JAN 2015: BAB KELEMAHAN, SELEPAS BERFIKIR PANJANG, SAYA TIDAK MAHU ULAS SEKARANG. Mungkin terus tidak ulas, ataupun ulas nanti-nanti. Mohon maaf! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...