28 July 2011

Kisah Masak-Memasak

Assalamualaikum, hai kawan-kawan!


Wah, minggu hadapan sudah masuk Ramadan kan? ^______^

Jadi, entri ini bagi memohon ampun dan maaf, sekiranya saya ada buat salah dan silap kepada tuan, puan, cik adik, cik akak, cik abang, cik emak, cik pak cik, cik mak cik, dan semua yang mengenali diri saya. Halalkan makan minum, dan terima kasih kerana sudi memaafkan segala kesalahan saya. (Minta maaf dan ucap terima kasih dalam satu perenggan, menandakan ada unsur paksaan di situ, wahaha! :p)


Oh ya. Alang-alang update blog, kita teruskan jugalah dengan natijah lain.

Mengharukan, bukan? :')

Kejayaan saya memasak 'Ayam Gajus' tempoh hari mendapat sambutan menggalakkan daripada teman-teman yang baik hati (terima kasih yuolls!), jadi saya dengan rendah diri mahu berkongsi resipi tersebut berdasarkan buku Senangnya Memasak... Ayam oleh Chef Hanieliza, terbitan PTS Millennia. Bolehlah cuba nanti sebagai juadah berbuka puasa.

Oleh kerana sebentar lagi saya mahu cuba satu lagi resipi berdasarkan buku resipi Chef Hanieliza, saya tiada masa yang banyak bagi menyalin kembali resipi 'Ayam Gajus'. Jadi, saya sudah mendapat kebenaran daripada ketua PTS Millennia bagi memaparkan gambar resipi itu.
Hahaha keji, kah?





Ha... mudah sangat, kan? Ada lapan langkah sahaja. Sila 'save' gambar-gambar di atas sekiranya mahu. Saat memasak ayam yang dipotong dadu hampir sejam itu adalah saat mengujakan kerana mereka kelihatan comel dan menarik sekiranya dimakan begitu sahaja. Makan dengan sudu, bak kata Natrah. Oh~ kena tabah ya semasa peringkat itu. :')

Okey, terus terang, saya memang tidak cukup bahan semasa memasak resipi ini. Terus rasa nak masak sebab mak saya beri gajus dari Thailand semasa kami ke kenduri kahwin sepupu di Kota Tinggi. Gajus itu yang utama, kalau tidak, jadi ayam tanpa gajus.

Jadi sekiranya bahan B tidak cukup, jangan sedih-sedih. Asalkan ada ayam, gajus, sos tiram dan sos tomato, dah okey dah. Garam, minyak dan air juga penting, tetapi rasanya semua dapur ada bahan-bahan ini, hohoho.

Oh, anda sangat seksi.

Oleh kerana saya tiada capsicum, saya sudah menghumban sayur campur segera yang comel-comel itu bagi menambahkan seri pengantin 'Ayam Gajus'. Nampaknya jodoh yang ditemukan oleh saya, menjadi. Harap mereka bahagia selama-lamanya.

Kebetulan, pada hari saya cuba resipi 'Ayam Gajus' ini, adalah hari lahir Chef Hanieliza. Jadi saya yang punya tahap mengepoh yang tinggi, sudah menerbitkan ucapan pada wall miliknya.

Mengharukan kuasa dua ratus, bukan? :')

Sebagai seorang gadis (?) yang kurang mahir memasak, saya amat mahu mencuba. Jangan kata saya malas memasak, okey? Asalkan ada bahan, dan yang penting, ada masa, saya mesti mahu cuba. Saya pun mahu jadi ibu yang masakannya digilai oleh anak-anak dan suami. :"> Auwwww!

* * * Sesi Mengepoh * * *

Saya ada koleksi buku resipi yang semuanya terbitan PTS Millennia. Nak tengok tak? :"> Kalau tak nak tengok pun, silalah tengok. Saya borong sangat banyak sebelum kahwin dulu, haha!

 Tagline "Gerenti Jadi" memang terbaik!

Ini daripada chef-chef lain.

'Hidangan Si Cilik' dibeli kerana layout sangat berwarna-warni dan comel, malah resipinya memang mudah, orang dewasa pun teruja :'). 'Cita Rasa Malaysia Kedah' pula dibeli kerana yang Johor sudah habis, tetapi okey juga sebab banyak resipi menarik! 'Memasak Sehebat Chef' pula sebab saya memang mahu jadi sehebat chef. Fine. Tidak perlu beritahu.

Semua buku resipi di atas berharga RM5.50 sahaja, kecuali 'Hidangan Si Cilik' (RM14.90) kerana lebih besar (kecil sedikit daripada saiz A4) dan tebal! :D

Baiklah. Itu sahaja buat masa ini. Oh ya oh ya oh ya, dulu makaroni bakar yang saya buat itu pun berdasarkan buku resipi Chef Hanieliza, Senangnya Memasak... Makanan Barat. :D

Cuma... saya punya makaroni bakar kelihatan muram berbanding dalam buku resipi, 
padahal sudah memasak dalam keadaan riang ria cuti sekolah.

Okey, okey. Sudah tamat masa bagi membebel di sini. Akhir kata, selamat mencuba kepada yang mahu mencuba! Kepada yang mahu makan sahaja, jangan lupa baca Bismillah. 

Jumpa lagi!
 Rice balls


Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v

25 July 2011

Kisah Sehelai Baju



Perlahan dia menggosok matanya yang berair. Almari yang gelap itu dirasakan sama seperti hatinya waktu itu. Badannya yang lembut dan menyejukkan, terasa hangat seketika.


"Mengapa? Apa yang sudah berlaku?" tegur satu suara.


Dia menoleh ke belakang. Menyeka terus air matanya. "Tiada apa-apa."


Suara itu kembali menerjah. "Mustahil tiada apa-apa."


Dia menarik nafas dan menghembus kasar. Matanya diarah ke satu sudut. "Aku cuma rasa tidak berguna. Lihat sahaja diriku ini. Di sini. Tidak berusik. Sudah berminggu. Mungkin sekiranya aku salah perhitungan, sudah berbulan ataupun bertahun."


"Siapa kata kau tidak berguna?" soal suara tadi.


Dia termangu. Jeda panjang.


"Aku cuma rasa begitu." Akhirnya dia menutur jawapan.


Suara tadi seperti tergelak kecil. Lalu merapati dia yang mengeluh.


"Kau tahu kenapa kau dicipta sebegini, bukan?" Suara itu kembali bergema. Badannya yang gebu dan tebal mampu sahaja menyerap air sebaldi. 


Dia mengeluh lagi. "Entahlah."


Si gebu dan tebal itu terus memandang seraya berkata, "Kau mungkin ada di sini kerana musim. Kau dan aku berbeza musim. Kita dicipta berbeza-beza. Demi mengisi waktu-waktu istimewa. Tidakkah kau rasa istimewa?"


Dia masih termenung. Termenung yang dalam.


"Kita dicipta berbeza-beza kerana setiap daripada kita unik. Kita semua adalah baju bagi menutup apa yang diminta tutup. Tetapi kau sempena hari raya, mungkin. Aku? Aku kalau-kalau tuan kita bermusim salju di Korea."


Suara si gebu bergema lagi. "Lain sekiranya kau dicipta sebagai pakaian harian. Memang ada yang bertuah kerana dicipta sebegitu. Seakan sempurna, seakan sering diperlukan. Dalam apa musim sekali pun, tetap menjadi pilihan. Tetapi itu juga punya kelemahan."


Dia memandang kejap. "Kelemahan? Aku tidak nampak apa-apa kelemahan."


Baju tebal itu menarik nafas. 


"Kerap dipakai, kerap dibasuh. Kerap dibasuh, pudar warnanya. Kerap dilihat, hilang istimewanya. Kau dan aku jarang dipakai, jarang dibasuh, jarang dilihat, warna dan keadaan kita masih bagus. Berpada-pada pasti ada kelebihannya."


Masih tiada sinar ceria pada wajah sugul tadi.


"Kita digunakan pada musim-musim tertentu, bukan kerana kita tidak berguna. Tanpa kau, tuan kita terpaksa pakai uniform hijaunya bagi menghadiri majlis perkahwinan. Tanpa aku, tuan kita akan pakai kau sambil main salji. Tak gila?"


Baju kurung bercorak bunga mengangguk perlahan. Ya... dia sudah mulai sedar. Air matanya yang masih belum reda, diseka-seka. 


"Setiap kejadian itu unik. Kita berbeza bukan bagi dihina, bukan bagi disesali, tetapi bagi mengisi ruang istimewa. Unik itu istimewa. Keistimewaan kita bagi mengisi rompong nasib orang lain. Begitu juga sebaliknya."


Dia yang sugul itu mula senyum. Rasa lega kembali mengisi ruang hatinya.


Tiba-tiba suasana menjadi cerah. Pintu almari dibuka kasar. Pantas si baju kurung bercorak bunga itu direntap keluar.


"Eh, sudah hari raya, kah?" Si ungu tebal menjengah keluar.







Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v

15 July 2011

Ramadan Tidak Lama Lagi!


Assalamualaikum, hai kawan-kawan!


1 Ogos adalah 1 Ramadan, bukan?

Sudahkah kalian mengqada'kan puasa bagi Ramadan yang lalu?

Siap sibuk dengan puasa orang ek? Hahaha!

Eh, kenapa dah mula cerita berkenaan Ramadan ini? 


Eh, ini kenapa muncul gambar bubur lambuk pula ini?

Tak, tak. Gambar bubur lambuk yang diambil dari Google itu sekadar hiasan. Memang tiada kena-mengena secara langsung, tapi bubur lambuk memang sinonim dengan bulan Ramadan, sebagaimana air sirap sinonim dengan hari raya. Setuju, bukan? (-___-')

Kemain sinonimkan bulan Ramadan dengan makanan. Dasar penggemuk!!! - Emo.



Bulan Ramadan sinonim dengan bulan memperbanyakkan ibadah sebenarnya. Ada banyak ibadah yang dapat kita lakukan, di samping memperkukuhkan ibadah wajib sedia ada.

Daripada Abu Hurairah, ia berkata, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Apabila datang bulan Ramadan, maka dibukalah pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta syaitan di belenggu.” (HR Muslim). 

Sejajar dengan itu (ayat lazim Buletin Utama), PTS sekali lagi menganjurkan Baca@Ramadan. Ala... yang tahun lepas saya jadi model pegang buku itu? Ingat tak? Tergamak kau tak ingat model paling tebal di atas muka bumi?! (-,-')

Baik, baik, tidak ingat pun tidak mengapa. 
Mungkin kita belum kenal waktu itu. (Bersangka baik.)



Tahukah kawan-kawan, dalam Baca@Ramadan, bukan kita sahaja yang disarankan membaca, malah kita juga diberi peluang mengajak orang lain membaca! :O

Ya, benar! Adakah terperanjat?

Setiap tahun, PTS menganjurkan program wakaf buku yang memberi peluang kepada organisasi ataupun individu bagi menyumbang buku kepada mereka yang tidak berkemampuan.
Program ini menggalakkan rakyat Malaysia menjadikan buku sebagai satu bentuk wakaf yang bermanfaat kepada masyarakat umum.


Best, tak? ^___________^

Kita boleh mewakafkan buku (senang cerita, sedekah dalam bentuk buku) kepada mana-mana organisasi atau institusi yang kita inginkan, ataupun boleh juga benarkan PTS yang tentukan. 

Ada banyak pakej yang boleh kita pilih, 
malah boleh pilih lebih daripada satu pakej!

Bernilai RM100

Bernilai RM100

Bernilai RM100

Bernilai RM100

Bernilai RM200

Bernilai RM200


Wah... banyaknya buku dapat diwakafkan dalam satu pakej! :'D

Menarik, tak? Mari klik sini bagi mengetahui maklumat lanjut.

* * *


Apakah ini?

Ini MUNGKIN baju raya saya pada tahun ini.
Kena buat gambar hitam putih dulu, nanti tidak kejutan.

HAHAHAHA!

Ini kain daripada rerakan PTS sebagai hadiah kahwin. :">
Jauh datangnya kain ini. Dari Bandung gitu kok.
Terima kasih yuollsYu no hu yu ar.


Warna apa baju raya kawan-kawan tahun ini? ^___^


Hoi, puasa dulu boleh tak???


P/S: Tahun ini dapat beraya bersama kekasih halal. AUWWW!!!


Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v

06 July 2011

Kamu Tanya, Saya Cuba Jawab



Soalan: Dari mana Cikpuan Husna mendapat idea bagi membuat meja ucapan ini?

Jawapan: Saya banyak membuat kajian menggunakan Internet. Kadangkala saya menimbulkan idea itu dengan sendirinya, namun semasa saya Google beberapa hari lepas, rupa-rupanya Martha Steward sudah melakukannya terlebih dahulu, contohnya Wish Jar atau Balang Ucapan yang saya ilhamkan kerana tidak sempat membuat ataupun membeli buku ucapan. T_T Baru nak puji diri sendiri kreatif. Kecewa~

Mahu lagi sesi soal jawab seperti ini bersama saya? 

Anda bertuah! 

Kerana sekelip mata, impian anda sudah menjadi kenyataan! 

.
.
.

Kini saya sudah mempunyai Formspring sendiri! ^________^ Yahuuu!

(Ayat bajet artis ke, Nab? Ada hakak kesah?)


Sekiranya ada sebarang pertanyaan, mohon tanya di situ supaya kita dapat saling membantu. Soalan yang mungkin membangkitkan jawapan yang panjang, dapat juga membantu saya mengemas kini blog dengan entri baru dengan lebih kerap. :))


Namun sebarang soalan yang merepek dan terlalu peribadi, akan saya layan bak melukut di tepi gantang a.k.a. tak dapek den nak nolong. Wahahaha! 


Tata!


Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v

01 July 2011

Terbitan Secara Pukal!



Assalamualaikum, hai kawan-kawan! ^_____^


Semalam saya dan suami ke PTS bagi mengambil naskhah penulis novel pertamanya, Kelab Da Vinci. Dari Johor Bahru terus ke Batu Caves, lebih kurang jam 2.45 petang kami sampai selepas berhenti solat di Giant Batu Caves. Kemudian....

... Bosan ek? Perenggan atas macam minta disebat tak? Kau sangka ini karangan Hari Khamis Yang Lalu, Husna??? Hahaha!

Okey, okey. Sambung sahajalah. ;p

Jadi apabila sudah sampai, Cikpuan Haryani Kamilan ataupun lebih mesra dipanggil Kak Nani, memberikan kami sebungkus plastik putih berisi novel-novel terbabit.


Kisah lima pelajar yang cuba menyelamatkan kelab kesayangan mereka iaitu kelab melukis. Kelab melukis adalah antara kelab paling teruk dalam daerah, jadi pengetua mahu memansuhkan kewujudannya. Maka terkejutlah mereka! Lima pelajar ini membuat rayuan kepada pengetua. 


Sekiranya mahu tahu apa yang akan terjadi, perlu beli buku ini, tahu?
- Wah siap iklan. Kui kui.

Kemudian rupa-rupanya, komik antalogi terbaru Encik Suami bersama adiknya, Afiq, iaitu Duit Raya Dari Syurga terbitan Komik-M pun sudah siap dicetak. Alhamdulillah... ^__^


Encik Suami bersama novel dan komik beliau.
Sekiranya berminat mahu tahu perihal komik, boleh ke blog mereka.

Saya yang ala-ala melukut dan umpama dayang sultan, hanya membebel dan berbual bersama rakan PTS yang lain. Sempat diajak bermesyuarat dengan Kak Nani bersama _____ (haaa... misteri tak?) bagi projek seterusnya. Jeng jeng jeng, itu biarlah rahsia dulu k. :))

RUPA-RUPANYA LAGI!!!

.
.
.


Kisah Si Puteri: Kami Puteri Hebat juga sudah siap dicetak!!!
♥ Alhamdulillah... yahuuuuuuuu!!! 

Kaver yang sangat cantik!!! >___<

Yang tengah itu puteri saya.... :">

(Peribadi Puteri Humaira langsung tiada pada saya.
Jadi jangan takut mahu membelikan buku ini untuk anak-anak ataupun adik. T_T)

Maka jawatan melukut dan dayang sultan tadi boleh dicabut dengan megah. Saya juga ada buku sudah terbitlah! Wahaha! ^__________^ Hei. Kamu tahu ataupun tidak yang buku ini buku ketiga??? Saya dan empat rakan penulis (Aizam Aiman, Natasha Effyzal, Haryani Kamilan dan Iman Qaisara) sudah ada dua siri sebelum ini! :D

Ini yang pertama.                                Ini yang kedua.

Hebat tak?

Hahahahaha!

......

...

.

Baiklah.

Oh ya.

Semalam saya terima emel daripada pihak akaun PTS....

ROYALTI SAYA PADA TAHUN 2010 ADALAH TERSANGATLAH AMAT BANYAK SANGAT DARIPADA JANGKAAN!!!

^_______________________________^

Alhamdulillah, syukur sangat apabila melihat angka semalam. :')

Saya tidak dapat bayangkan royalti para penulis best-seller. Yang saya dapat pun sudah buat kepala pening seketika sebab terkejut. 
Mereka... fuh! Pasti masyuk!!!

Jadi, masih ada yang ragu-ragu mahu menulis?

Tahun lepas saya dapat tiga angka. Tahun ini saya dapat empat angka. Tahun depan mahu cuba dapat lima angka. Kawan-kawan tak mahu ikut serta? JOMLAH!!!

Bagaimana?

Boleh rujuk entri-entri di bawah:


Ataupun baca entri yang saya labelkan 'Bebel Penulisan' dan 'Bebel PTS'.

Jom, jom. Jom kita menulis sambil meneruskan pekerjaan setiap bulan. Kerja setiap bulan itu untuk bayar bil, beli barang dapur, beli Tutti Frutti, bayar PTPTN, bayar insurans... tapi menulis buku hingga menerbitkan royalti adalah bonus setiap tahun! Malah dikira pencen bagi yang bekerja sendiri, macam sayalah. Saya tiada pencen, jadi harap royalti buku ini dapat dijadikan harta untuk anak-anak kelak, insya-Allah... amin.... :"> 


Roda Impian

Saya berimpian mahu beli kereta BESOOOOORRRRR... supaya perjalanan
JB - KL - JB tidak mengambil masa yang terlalu banyak. Sekali tekan pedal minyak, tiba-tiba dah sampai Melaka. Tekan sekali lagi dah sampai Kajang. WAHAHAHA BESTNYA!!!

Ini adalah impian. 
Mungkin royalti dua puluh tahun lagi akan mampu beli ini, TUNAI!

T,T

Waktu itu mungkin semua orang dah naik kereta terbang.
Ataupun teleport.

FINE!

Terima kasih sudi baca, 'like' dan juga komen! (^_^)v
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...