Exams dan Tahun Baru :)

Photobucket
Assalamualaikum :)

Just a very short yang tak berapa short update from mira :)

Apa khabar semua? Mudah-mudahan dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dalam rahmat Allah :) Rasanya dah lama sangat tak update blog. I've been veryy busyy sampai tak sempat nak update apa2 pun dah. 

As everyone knows, for university students, sekarang adalah waktu2 genting mereka. Kami tgh minggu study week. Menuju ke final. Eh, sempat pulak update beloggg ea. heee Curik masa sat ja naa. Mira start final exam 2 Januari 2013 and akan tamat pada 11 Januari 2013. Mira ambil 6 paper. Ada 4 paper core straight 4 hari. Phewww~ May Allah ease =). For my husband, start 3 Jan 2013 dan habis paper 14 Jan 2013. Kira mira habis dulu laa :) And this is the end of semester 3. 3 semester more to goooo! >.<

Kesempatan yang ada ni, mira nak ucapkan, Selamat Maju Jaya pada yang akan mengambil final exam. Berusaha sehabis baik. Niatkan belajar kerana Allah, bukan untuk exam semata. Allah menilai pada usaha, bukan pada hasilnya. Pegang kata2 ni ; Man jadda wajada - sesiapa yang berusaha, dia pasti akan berjaya. Semoga segala usaha keras kalian terbalas. Ana mendoakan kejayaan kalian. Dan jangan lupa, busy mana pun study, solat kena jaga, al-Quran kena hari2 baca, kalau nak add -on lagi, tambah dengan amalan2 sunat. Baru la perfect study insyaAllah. Kalau kita tak lupa Allah, insyaAllah, Allah tak lupa kita. 

Bittaufiq wannajah fil imtihan :)
semoga berjaya dalam peperiksaan. 

Oh tak lupa, selamat tahun baru pada semua. 2012 berlalu pergi, 2013 muncul sebagai pengganti. 1 JANUARI 2013 bersamaan 18 Safar 1434H :) Semoga tahun baru ini disambut dengan kesyukuran kepada Ilahi kerana Allah masih panjangkan umur kita hingga ke hari ini. Kembali muhasabah diri, apa yang kita dah buat sepanjang tahun ni, mcm mana amalan kita, apa khilaf kita, apa kurang kita, apa yg kita tinggalkan. So, apa yang kurang, kita topup balik. Sebab belum tentu kita akan jumpa hari esok. So, siapkan diri hari ini untuk sebarang kemungkinan hari esok :) 

Biasanya orang kalau tahun baru, mcm2 azam baru ada. Its good dan hope terus istiqamah. Mana tau ada yang berhajat nak bertudung, ada yang berhajat nak tutup aurat, ada yang nak kahwin maybe? hee Semoga Allah permudahkan urusan kalian. But for me, cukuplah dengan sekadar Allah memandang diri ini dengan kasih-Nya dan mampu menjadi yang terbaik buat keluarga terutamanya buat suami tersayang..Diri ini masih banyak khilafnya, dan semoga tahun baru ini mampu menjadi titik tolak untuk diri ini menjadi seorang insani yang lebih baik untuk sebuah kehidupan ukhrawi kelak..

My husband and I are turning 21 this year. How time flies so fast. Dah nak masuk 2 tahun usia perkahwinan ini..Semoga Allah reda dengan baitul muslim yang dibina ini. Aamiin. Bila dengar 21, macam tua sangat dah rasaa. haha Sedih juga rasa hati, masa berlalu begitu pantas. Pabila bertambah umur, maka diri ini kian mendekati saat kematian :') Bersediakah aku..Em, 22 nanti pulak, dah habis study insyaAllah :) 

"Setiap kali matahari terbenam, maka aku akan berasa menyesal kerana umurku semakin berkurangan, sedangkan amalanku tidak bertambah." (Ibnu Mas'ud)

Okay la kalian, semoga sentiasa dalam rahmat Allah dan berusaha menjadi yang lebih baik hanya kerna-Nya :) Insya Allah cuti bulan 1 nanti, jika ada kelapangan, mira update blog. Doakan kejayaan kami berdua dalam peperiksaan ini :) Salam hormat daripada kami suami isteri. 

 Assalamualaikum.

 Entry ditaip oleh : Puan Nur Amirah Binti Hasane :)