20130404

RAH MONH A

As-Salam.

Saya memperkenalkan amanah yang Allah berikan kepada saya dan Amir. Alhamdulillah, Syukur.



Ramona Binti Amir
3.2 kg
20 / 03 / 13
2:58 am


Syukur Ya Allah.


X,
Juls

20130205

DYN

Salam.

Hai. Sengaja aku menulis tulisan ini kerana aku terdetik soal isu ini sebentar tadi.

a) Jika aku ( lelaki ) berkahwin lagi, jangan kau salahkan aku kerana ini merupakan takdirmu wahai isteriku.

b) Isteri tidak membantah kerana risau jika derhaka dan takut kehilangan suami kesayangan.

c) Bila tiada anak, alasan kerana tiada anak. Boleh kahwin lagi.

d) Bila ada anak, alasan kerana terlalu bising di rumah tidak tenteram, maka ubatnya kahwin satu lagi, isteri muda senang bawa berjalan dan suasana lebih tenang.

e) Kahwin lain kerana isteri tidak pandai berasmara. 

-------

Alasan. Pelbagai. Kretiviti hingga boleh karang novel kanak-kanak. Tapi sebelum kahwin lain ingatlah, menyakiti hati isteri itu berdosa. Jika terer sangat sakitkan hati isteri, masih mampukah berkahwin lain? Wahai perempuan, bangkitlah. Mempertahankan diri sendiri, rumah tangga adalah tugasmu juga. Be aggressive. Rogol je jika perlu . Heh

Tapi itu untuk yang sudah berkahwin. Yang masih belum berkahwin dan mempunyai awek tapi masih pasang hajat nak bermisi men-tackle perempuan, elok-eloklah bawa bertaubat. Heh.

P/S : Hai Amir bin Mazlan, saya tahu awak tidak akan melukan hati saya dan I love you for that. Baby cakap dia pun sayang awak :*

X,
Juls.

20130107

MULA DAN TAMAT

As-Salam.

Sudah lama saya tidak menulis. Maka pada hari ini, saya terpanggil untuk menulis beberapa perkara yang  ingin saya tuliskan. Dan setiap perenggan mengandungi isu yang berlainan. Ini mungkin menggambarkan kecelaruan fikiran saya buat masa sekarang.

Kehidupan semakin baik. Ada gembira ada sedih, Kadangkala muntah. Kadangkala pura-pura muntah. Anak di dalam kandungan berada dalam keadaan sihat baik sejahtera. Suami membiarkan misai memenuhi ruangan misai di atas bibirnya. Oye.

Banyak persoalan yang ingin saya nyatakan kepada sesiapa yang saya mahu. Namun kadang kala persoalan hanya tinggal persoalan kerana saya terlalu malas untuk mencetus sebarang suasana panas atau untuk menyuarakan rasa dan membiarkan diri berteka-teki. Walhal saya benar-benar mengetahui, bilamana membiarkan diri berteka-teki, ianya bermaksud saya akan serkap jarang. Very bad attitude.

Dunia belum berakhir. Kiamat masih belum datang. Tidak tahu bila dunia akan berakhir. Allah sahaja yang mengetahui. Dan manusia? Manusia hanya berteka-teki dan jika tidak diperkenankan Allahm maka tidaklah akan terjadi. Manusia dan segala konspirasi. Gembira?

Saya mudah mengalah bila bermain teka-teki. Macam mana nak maju? Persoalannya, main teka-teki boleh maju ke?

Untuk merasa diri sebagai yang terbaik merupakan perbuatan yang salah sama sekali. Menerima dan mendengar teguran adalah perlu. Cuma mahu terima atau tidak, terpulang. Dan saya langsung tidak bersetuju yang seseorang boleh mengawal kehidupan seseorang yang lain.

Mereka yang tiada pendirian dan hanya mengikut sahaja idea atau pendapat seseorang berkemungkinan besar akan mudah di kawal oleh manusia lain. Dan itu tentulah kerugian besar dalam kehidupan kerana menjalani hidup tanpa idea, pemahaman serta pendirian sendiri merupakan satu kesilapan. Sekurang-kurangnya bagi saya.

Saya akan membiarkan sahaja setiap perkara yang tidak penting berlalu. Kerana membiarkan perkara yang mengganggu kegembiraan saya bersarang bisa menjadikan saya seorang yang penuh dengan negetiviti.

Saya merindui beberapa rakan rapat.

Adakah kita akan bertukar menjadi seperti ibu/bapa kita seiring usia? Adakah saya mahu anak saya menjadi seperti saya? Mahupun Amir?

Sudah pasti jawapan bagi persoalan di atas merupakan tidak sama sekali. Saya mahu anak-anak kami menjadi seseorang yang lebih baik dari kami. Nak gemar Nirvana boleh lah tapinya. (Heh) Semoga Allah memperkenankan keinginan saya.

Dan saya selamanya mahu Amir bin Mazlan bersama saya. Amin.

Wassalamu.




20120816

RAY - RAYA

Salam.

Banyak benda pertama tahun ni rasanya.

Antaranya :

1) Tahun pertama beraya bersama suami dapat cium tangan suami. Ecewah.
2) Tahun pertama beraya di kampung suami.
3) Tahun pertama balik raya ke kampung yang jauh benar.
4) Tahun pertama raya di Perlis.
5) Tahun pertama raya ada isi dalam perut. eh.

Kerana dah lama tak menulis, maka saya ucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.

X
Juls